cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Apr 2015

BERTENAGA SEPANJANG HARI WALAUPUN BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK.

Assalamualaikum...

Tinggal lagi beberapa bulan kita akan masuk bulan Ramadhan. In sha Allah jika diizinkan dan diberi kesihatan yang baik dapat lah kita sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan.

Cakap pasal bulan ibadah puasa ni, ada ke yang belum habis ganti puasa lagi? Saya tahu ramai diantara kita yang sedang berpuasa ganti sebelum tibanya bulan Ramadhan. Termasuklah saya sendiri.

Alhamdulillah dapat juga melaksanakannya walaupun banyak cabaran dan dugaannya. antara cabaran yang saya hadapi adalah berpuasa dan menyusukan anak, keadaan cuaca yang begitu panas, dan lagi satu bau makanan di pejabat.

BERPUASA DAN MENYUSUKAN

Walaupun berpuasa, rutin harian menyusukan anak dan membuat stok EBM dapat jugak disempurnakan. Ramai yang bertanya tak penat ke puasa, buat stok EBM lagi?

Tip dan panduan menyusukan bayi ketika berpuasa

  • Banyakkan minum air kosong 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokan paginya.
  • Jangan lupa sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. 
  • makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. kerana ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.
  • Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  • Makan banyak kurma. Kurma membekalkan tenaga kepada tubuh.
  • Makan karbohidrat dan makanan yang kaya dengan serat.
  • Kerapkan menyusu bayi. Semakin kerap mengosongkan payudara semakin cepat susu dapat dihasilkan.
BERPUASA DAN BERRTENAGA SEPANJANG HARI

Sebagai seorang pekerja , seorang isteri dan seorang ibu sangat-sangat memerlukan tenaga untuk melakukan rutin harian. Terutama ketika berada dirumah. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat serta vitamin dan suplemen adalah  sangat membantu dalam memberikan tenaga yang maksimum untuk melakukan tugasan harian.

Antara vitamin dan suplemen yang saya amalkan adalah
  • ESP
  • ALFALFA
  • VITAMIN B COMPLEX
  • VITAMIN C
  • OMEGA GUARD 
ESP
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.


Apa yang menarik tentang ESP adalah:
  • ESP adalah sumber protein lengkap yang ada 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
  • ESP diperbuat dari kacang soya semulajadi (non-GMO) dan ia bebas dari kolestrol dan rendah kadar indeks glisemik (GI).
  • ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
  • ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru.
badan kita sangat perlukan PROTEIN. makanan utaman bagi sel adalah PROTEIN. SEL yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan juga sebagai milkbooster. Dalam penyusuan, alfalfa membantu memekat susu dimana jumlah lemak di dalam susu ibu. Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas ( detok usus dan membuang toksin dalam badan ).

Alfalfa kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat ekzema, resdung, alergi, dan masalah keputihan.

Walaubagaimanapun, pengidap SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

VITAMIN B COMPLEX
Shaklee B complex dilengkapi dengan 8 komponen Vitamin B yang sangat diperlukan tubuh. Vitamin B adalah jenis larut air dan mudah dicerna. Vitamin B Complex berperanan penting dalam menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga yang diperlukan tubuh.Selain itu,pengambilan setiap hari dapat membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang baru, mengurangkan stress, dan salah satu kebaikan Vitamin B adalah mencantikkan kulit. 

VITAMIN C
Vitamin C sangat diperlukan tubuh. badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dan perlu diambil dari diet harian. Pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari adalah untuk meningkatkan sistem imun, menghalang kulit dari korosakan akibat daripada radikal bebas, asap rokok dan pencemaran udara. Vitamin C juga membantu dalam menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.



OMEGA GUARD
Shaklee Omega Guard membekalkan 99.9% Omega-3 yang dilengkapi dengan DHA, ALA dan asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Kebaikan pengambilan Omega-3 kepada ibu menyusu adalah dapat membekalkan keperluan DHA kepada anak melalui susu ibu untuk perkembangan otak.

Omega Guard juga membantu menyahkan lelemak dalam badan, kaya dengan Omega-3 yang baik untuk mengurangkan kolestrol, risiko penyakit kardiovaskular, darah tinggi, dan penyakit jantung. Pengambilan Omega Guard setiap hari oleh ibu yang menyusu membantu dalam mengurangkan berat badan.

Bonusnya dalam pengambilan vitamin ini, kulit saya semakin cerah dengan gabungan ESP, Vitamin B Complex dan Vitamin C. Saya juga tidak risau jika terlebih makan keranan gabungan ALFALFA dan Omega Guard mendetoks usus dengan cara semula jadi. Hasilnya kulit semakin cantik dan berat badan maintain dan kurus.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya di talian
sms / call / WhatsApp 01131737525




No comments: