cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Apr 2015

10 TANDA KEKURANGAN ZAT BESI DALAM BADAN

Kekurangan zat besi adalah salah satu masalah kesihatan yang sering kali tidak disedari. Ini kerana gejala kekurangan zat besi biasanya sama seperti gejala masalah kesihatan lain seperti sakit kepala atau berasa penat.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa zat besi sangat penting bagi tubuh. Zat inilah yang akan menyelurkan sumber hemoglobin iaitu salah satu protein yang berfungsi menghantar oksigen ke dalam sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Kenali petanda andai diri kekurangan zat besi.

PENAT.

Apabila tubuh merasa cepat penat , lemah dan lesu ia petanda badan ketika itu kekurangan zat besi. Namun begitu, gejala dan petanda ini sukar untuk dikenalpasti kerana ramai yang beranggapan badan berasa penat disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang telah dilakukan. Bahaya kekurangan zat besi dalam badan ialah ia akan menyekat oksigen masuk ke dalam sel tubuh  hingga menyebabkan kekurangan tenaga.

HAID YANG BANYAK

Haid yang banyak adalah salah satu tanda yang patut diberi perhatian yang serius. Ada kalanya wanita menganggap ia perkara biasa dan mereka sihat kerana haid yang banyak keluar. Namun dari satu segi , ia mungkin petanda badan kekurangan zat besi. Sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan.

PUCAT

Hemoglobin adalah zat yang memberikan kulit berwarna kemerah-merahan. Ia menandakan anda sihat dan cukup zat dalam tubuh. Namun jika wajah dan tubuh kelihatan pucat bermakna anda kekurangan zat besi. Ia senang dikenalpasti pada mereka yang berkulit cerah. Walau apa pun warna kulit anda, jika gusi, bibir bahagian dalam dan bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat kemungkinan anda kekurangan zat besi.


SERING TERMENGAH-MENGAH/NAFAS PENDEK

Nafas pendek ataupun selalu termengah-mengah merupakan salah satu ciri kekurangan zat besi. Cuba perhatikan nafas anda ketika melakukan aktiviti seperti biasa. Adakah anda mudah berasa penat dan letih ? Jika itu terjadi kemungkinan anda kekurangan zat besi, ini kerana tubuh kekurangan hemoglobin.

DENYUTAN JANTUNG TERLALU KUAT

Apabila kekurangan zat besi ia menyebabkan anda turut kekurangan hemoglobin dalam badan. Denyutan jantung akan bergerak dengan lebih cepat. Bahayanya  kerana anda amat berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan pembesaran jantung yang luar biasa disebabkan denyutan jantung yang tidak normal.

KAKI SERING KEBAS

Kaki sering kebas ataupun ada yang memanggilnya 'semut-semut'. Jika anda sering mengalami keadaan ini, itu juga petanda anda kekurangan zat besi. Itu adalah signal tubuh sedang mengalami kadar zat besi yang sanagt rendah.

SAKIT KEPALA

Walaupun anda kekurangan zat besi, tubuh secara lansung akan menghantar lebih banyak darah ke otak berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.Walaupun begitu, otak tetap akan menerima lebihan sedikit zat besi daripada sepatutnya. Ini menyebabkan arteri membengkak dan mengakibatkan anda sering menghadapi masalah sakit kepala.

SELERA YANG PELIK

Salah satu tanda tubuh anda kekurangan zat besi ialah anda memiliki selera yang pelik iaitu keinginan yang tinggi untuk menggigit ais dan apa sahaja yang tidak menjadi kebiasaan. Anda juga berselera pada makanan yang tidak mengandungi nilai nutrisi yang tinggi dan tidak mendatangkan zat pada tubuh. Dalam hal ini segeralah mencari makanan yang boleh menambahkan zat besi dalam badan.

KUKU MUDAH PATAH

Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan kuku menjadi semakin nipis, rapuh dan mudah patah. Ini adalah tanda yang mudah untuk dikenalpasti bahawa badan mengalami pengurangan zat besi.

RAMBUT GUGUR

Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan rambut mudah gugur. Ini terjadi disebabkan oleh aliran darah yang tidak lancar kepada setiap organ tubuh. Ini memberikan kesan kepada organ tubuh yang penting dan menyebabkan akar rambut bermasalah dan berlakunya masalah keguguran rambut.

No comments: