cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Apr 2015

FRUKTOSA FAKTOR LAIN PUNCA PENYAKIT GOUT

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini ramai yang kena penyakit gout. Kata orang terlebih makan makanan laut menyebabkan banyaknya asid urik dalam badan.

Penyakit gout berlaku apabila tubuh gagal memproses protein. Makanan yang berprotein tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh orang yang berpenyakit gout. Protein dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan lagi menjadi air dan urea.

Asid urik adalah separa pejal berkumpul pada celah tulang dan akhirnya membentuk tulang kristal batu gout. Kristal batu gout ini juga boleh terbentuk pada celah buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyiksakan.

Bukan faktor pemakanan protein sahaja menjadi punca kepada masalah gout. Ini kerana ramai di antara penghidap gout meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan. Selain protein pengambilan minuman beralkohol, minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi juga adalah antara penyebab utama gout.

Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout ini sejak beberapa dekat lalu terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sejak peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan minuman bergula terutamanya sirap jagung berfruktosa tinggi.

Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sendi gout. Fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi gout.

Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga dan diproses sebagai asid urik. Selain itu, ia juga mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku.

Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini menyumbang kepada kencing manis.

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada pantang makanan berprotein seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ia tidak disertai nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang mempunyai kandungan fruktosa  yang tinggi. Fruktosa ini lah satu-satunya jenis karbohidrat yang meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Kepada penghidap penyakit gout, sentiasalah peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyekit ini tidak akan melarat.

Menjaga berat badan - Kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

No comments: