cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Apr 2015

RIBOFLAVIN VITAMIN B2 YANG PENTING UNTUK TUBUH

Assalamualaikum..

Masalah kekurangan vitamin tidak dikesan dengan cepat. Masalah kekurangan vitamin sering mengambil masa untuk dilihat gejala yang muncul.

Riboflavin ( Vitamin B2) adalah salah satu jenis vitamin yang sangat sensitif terhadap sinar ultra lembayung dan akan hilang apabila terdedah kepada matahari yang terik.

Apabila berada di dalam tubuh, riboflavin akan diserap ke dalam jaringan darah melalui dinding usus kecil. Dari sana, ia akan dibawa ke jaringan tubuh badan dimasukkan ke dalam enzim.

Hati memiliki konsentrasi tertinggi riboflavin kerana ia mengandungi sekitar satu per tiga daripada keseluruhan jumlah riboflavin dalam tubuh. Ginjal juga mempunyai konsentrasi riboflavin yang tinggi. Namun begitu, tubuh tidak dapat menyimpannya dalam tubuh dalam jumlah yang besar.

Riboflavin digunakan untuk mengukuhkan beberapa jenis makanan dan juga sebagai pewarna makanan. Ia digunakan dalam makanan bayi, bijirin sarapan, pasta, sos, keju yang dproses, minuman buah-buahan, produk susu vitamin yang diperkaya dan sesetengah minuman tenaga.

KEGUNAAN RIBOFLAVIN
Riboflavin digunakan utuk mencegah dan merawat perkara-perkara seperti berikut:

  • kekurangan tahap riboflavin dalam tubuh
  • penyakit jantung
  • kanser serviks
  • migrain
  • jerawat
  • kekejangan otot
  • sindrom Burning Feet
  • Sindrom Carpal Tunnel
  • Gangguan darah seperti congenital methemoglobinemia dan red blood cell aplasia.
  • masalah mata termasuklah kelesuan mata, katarak dan glukoma
  • masalah kulit seperti akne (acne rosacea), dermatitis dan ekzema
Selain daripada itu, riboflavin juga digunakan untuk membantu perkara-perkara seperti
  • meningkatkan tahap tenaga
  • meningkatkan fungsi sistem imunisasi
  • mengekalkan kesihatan rambut, kulit, membran mukus, kuku, sistem saraf, mata, mulut, hati.
  • melambatkan penuaan
  • menggalakkan penyembuhan luka, lecur dan lain-lain kecederaan dengan memelihata tisu dalam tisu.
  • meningkatkan restasi atlet
  • menggalakkan fungsi reproduksi yang sihat
  • membantu dalam merawat penyakit hilang ingatan, Alzhiemer, ulser, lecur, ketagihan alkohol, penyakit hati, sickel cell anemia dan merawat lactic acidosis yang diakibatkan oleh ubat yang digunakan dalam rawata penyakit AIDS.
Simptom-Simptom Kekurangan Riboflavin 

Kebanyakan individu yang sihat yang mengamalkan diet seimbang memperoleh riboflavin yang mencukupi seharian. Walau bagaimanapun, warga emas dan individu yang mengalami ketagihan alkohol berisiko untuk mengalami kekurangan Riboflavin akibat diet yang tidak seimbang.

Simptom kekurangan adalah seperti:
  • keletihan
  • anemia
  • pertumbuhan yang lambat
  • masalah penghadaman
  • pecah dan lepuh disekeliling mulut
  • lidah yang membengkak dengan warna magenta
  • kelesuan mata
  • bengkak dan sakit pada tekak
  • mata berair
Sumber Makanan Kaya Roboflavin

  • Roti dan bijirin
  • telur
  • produk tenusu
  • organ dalaman seperti hati dan buah pinggang
  • sayuran berdaun hijau
  • cendawan
  • tauge.

Shaklee B Complex membekalkan 8 jenis vitamin B untuk keperluan harian. Pengambilan vitamin B setiap hari digaungkan bersama dengan Vitamin C jadikan kulit cantik.  

Berminat untuk dapatkan B complex Shaklee dan produk lain anda boleh menghubungi saya 

sms / call / WhatsApp  01131737525

No comments: