cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

10 Apr 2015

URUTAN KAKI BANTU TINGKATKAN KESIHATAN

Assalamualaikum..

Seharian bekerja pasti terasa penat. Duduk dari pagi sampai petang memang boleh menyebabkan sakit kaki dan perlukan urutan untuk legakan kaki yang kebas dan urat tegang. Urutan kaki juga baik untuk menenangkan dan menyegarkan bahagian tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ia turut memberi manfaat yang besar bagi menyihatkan tubuh.

Kaki merupakan salah satu anggota tubuh yang selalu bekerja keras untuk menampung berat badan, berjalan dan berlari, tetapi acap kali diabaikan. Teknik mengurut kaki sebenarnya telah lama dpraktikkan bagi meningkatkan tahap kesihatan.

KEBAIKAN MENGURUT KAKI

Menambah Tenaga
Ketika kaki sedang diurut, sebenarnya telah berlaku proses pertambahan tenaga di dalam tubuh. pada masa yang sama , ia membantu memudahkan pengaliran tenaga di seluruh tubuh agar berjalan dengan lancar.

Meningkatkan Perjalanan Darah
Kaki sering 'diikat' dengan kasut yang ada ketikanya ketat dan menyakitkan. Cara ini secara tidak lansung membuatkan darah tidak mampu mengalir dengan baik. Namun, setelah diurut, pengaliran darah akan kembali normal.

Kurangkan Bengkak Kaki
Masalah pembengkakan kaki biasanya disebabkan oleh pengumpulan cecair yang dikenali sebagai edema. Lazimnya kerap berlaku kepada ibu hamil. Cara mengatasinya cukup mudah iaitu urut di bahagian tersebut dan banyakkan berehat.

Redakan Tekanan
Penyakit boleh terjadi dari pelbagai punca sama ada makanan, gaya hidup dan sebagainya. Salah satu yang sering dikaitkan adalah tekanan. Antara jalan penyelesaian yang boleh dilakukan adalah dengan mengurut kaki yang kepenatan. Selain merehatkan, ia juga mampu mengurangkan rasa cemas yang mungkin datang secara tiba-tiba.

Melegakan PMS dan Menopaus
Gejala PMS dan menopaus tidak banyak beza malah antara yang sering menyerang ialah sakit kepala, cemas, tekanan, lelah atau insomnia. Justeru urutlah kaki secara teratur vagi menghilangkan kesan tersebut.

Ubati Sakit Kepala
Mengurut kaki amat membantu untuk mengurangkan masalah sakit kepala dan migrain. Sekiranya dibebani penyakit tersebut maka segeralah cari tukang urut untuk 'memanjakan' kaki anda.

Turunkan Tekanan Darah
Darah tinggi bukanlah satu penyakit yang asing di kalangan masyarakat kita. Selain ubat yang diberi oleh doktor, terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikan iaitu urutan kaki. Hanya peruntukan masa paling tidak 10 minit sahaja, tekanan darah dapat diturunkan selain meningkatkan mood serta meredakan perasaan cemas.

No comments: