cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Aug 2015

SUPLEMEN SATU KEPERLUAN TERHADAP TUBUH DEMI KELANSUNGAN HIDUP YANG SIHAT

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif. Antara vitamin yang terbaik ialah vitamin C, vitamin E, asid amino,  zink, dan sebagainya. Untuk mengambil semua makanan yang mengandungi vitamin tersebut belum tentu mencukupi. Jadi, pengambilan suplemen adalah perlu.

SUPLEMEN adalah makanan tambahan yang mengandungi vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Ia dihasilkan secara ekstrak atau pekatan daripada perahan . Ia banyak didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair, mahupun sebuk. Biasanya suplemen boleh didapati di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasaraya, online dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang kurang pemahaman tentang pengambilan suplemen untuk kesihatan tubuh badan.

FUNGSI SUPLEMEN UNTUK TUBUH BADAN

  • Menambah fungsi makan dan nutrisi yang lain.
  • Memperkuat daya tahan tubuh.
  • Kandungan yang terdapat di dalam suplemen misalnya vitamin, multivitamin atau makanan bergizi lain. Selain itu, ia turut ditambah dengan bahan lain seperti herba dan mineral.
CARA BIJAK MEMILIH SUPLEMEN

Teliti dan selektif dengan membaca terlebih dahulu kandungan danaturan penggunaannya. Ketahuilah bahawa keadaan tubuh setiap orang berbeza. Begitu pula dengan keperluannya. Dapatkan nasihat atau pandangan dari pakar atau doktor jika anda ragu terhadap sesuatu suplemen.

TAHUKAH ANDA?

Kita memerlukan 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui pemakanan harian kita.

FAKTA YANG HARUS DIPERHATIKAN

Pengambilan suplemen yang mengandungi vitamin A berlebihan boleh mengakibatkan kulit mengelupas, batu karang dan sebagainya. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan luka tepi bibir.

SUPLEMEN BUKAN PENYEMBUH PENYAKIT TETAPI KEKALKAN KESIHATAN

Suplemen atau makanan tambahan bertujuan untuk mensmbah diet atau membekalkan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino yang boleh hilang atau tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang mencukupi dalam diet seseorang.

KENAPA SUPLEMEN PENTING UNTUK BADAN KITA?

Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan optimun. Sekarang ini, terdapat pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Sebab itulah suplemen penting untuk mengekalkan tubuh sihat dan sempurna.

SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN?
  •  Golongan yang kurang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan harian.
  •  Golongan yangnlingkungan usia meningkat yang kurang penyerapan vitamin atau mineral yang penting dalam badan.
  •  Wanita yang telah putus haid( menopous ) atau lebih umurdari 35 ke atas.
  •  Pengamal diet dan vegetarian.
  •  Wanita yang mengandung dan menyusukan bayi.
KEBAIKAN SUPLEMEN DI PASARAN

Terdapat pelbagai jenis suplemen yang boleh didapati di pasaran seperti evening primerose, vitamin B complex, multivitamin,  glucosamine chondroitin, omega, kolagen dan glutathione.

Pengguna boleh mendapat khidmat nasihat daripada pegawai farmasi bagi menentukan jenis suplemen yang diperlukan mengikut tahap kesihatan individu.


TIP SIHAT

  • Pastikan pengambilan air kosong yang banyak.
  • Elakkan pengambilan suplemen yang pelbagai jenis pada suatu masa.
  • Elakkan pengambilan suplemen bersamaubat atau bersama jamu.
  • Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.





No comments: