cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Aug 2015

9 CARA TINGKATKAN KESUBURAN BAGI PASANGAN YANG INGIN MEMILIKI ZURIAT YANG RAMAI

Kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga menjadi dambaan setiap pasangan yang berkahwin. Cepat atau lambat pasti tersimpan hasrat untuk mendengar tangis dan tawa bayi sebagai pengukuh ikatan suami isteri.

Namun bukan semua pasangan beruntung memiliki cahaya mata mengikut perancangan sendiri. Berbagai cara dan usaha telah dilakukan namun, tidak ada lansung petanda bakal hamil. Bagaimanakan cara yang paling berkesan untuk hamil ?

FAKTOR_FAKTOR SUKAR HAMIL

Masyarakat kita sering menyengka faktor utama tidak boleh hamil ialah rahim yang lemah. Wanita pula selalunya dipersalahkan kerana menjadi punca utama dan dilabelkan sebagai mandul.

Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab kepada ketidaksuburan wanita adalah

  • masalah berkaitan ovulasi ( penghasilan telur)
  • saluran falopio yang tersumbat
Punca utama masalah ovulasi ialah obesiti dan sindrom polysystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.

Saluran falopio boleh tersumabt atau rosak disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.

Faktor yang berpunca daripada pasangan lelaki semakin meningkat. Ini disebabkan oleh jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya ialah merokok dan obesiti. Selain iti, masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.


TIP MENINGKATKAN KESUBURAN

1 Pilih amalan hidup yang sihat. Lakukan senaman dengan lebih kerap untuk mengekalkan berat badan yang ideal bagi membantu kitaran haid dan membolehkan  ovulasi berlaku secara lebih teratur.

2 Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang membolehkan badan dan organ berfungsi secara optimum. Makanan tambahan atau suplemen mungkin diperlukan sekiranya jadual pemakanan tidak teratur. Makanan berlemak, makanan ringan dan makanan segera wajar dielakkan.

3 Berhenti merokok untuk membolehkan peningkatan jumlah dan kualiti sperma.

4 Hindarkan diri dan pasangan daripada jangkitan seksual (STD).

5 Pertingkatkan hubungan kelamin dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur ( hari ke 12 hingga 16 ) untuk meningkatkan peluang kehamilan.

6 Elakkan kebiasaan memakai seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.

7 Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur atau sakit semasa haid kerana berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil atau endometriosis.

8 Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan.

9 Berdoa dan berharap agar usaha anda mendapat zuriat dipermudahkan. mudah-mudahan berkat kesabaran membuahkan kejayaan.

No comments: