cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Aug 2015

10 Penyakit Popular Yang Kerap Menyerang Lelaki

Benar setiap penyakit itu ada ubatnya namun bukankah lebih baik mencegahnya dari awal. Lelaki meski dikaitkan culas dari aspek kesihatan, namun ada juga dalam kalangan mereka yang sangat menitik beratkan soal kesihatan tubuh badan.

Adakah anda tahu, kebanyakan penyakit yang menyerang baik lelaki mahupun perempuan berpunca daripada pemakanan yang tidak sempurna.

10 Penyakit Popular Yang Kerap Menyerang Lelaki

1 Sakit Jantung
Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara berterusan sehingga setengahjam. Ia menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.

FAKTOR PENYEBAB: Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis.

2 Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik ( COPD)
Merupakan ganguan pernafasan kronik, yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.

FAKTOR PENYEBAB: merokok.

3 Kencing Manis
Turut dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin iaitu suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat,  lemsk dsn protein. Ia bertanggungnjawab untuk proses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.

FAKTOR PENYEBAB: Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan dan minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.

4 Strok
Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba. Biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.

FAKTOR PENYEBAB: faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, diabetes,genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.

5 Kanser Pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus penghadam makanan. Kanser penkreas bermula dan lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.

FAKTOR PENYEBAB: amalan pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang tinggi, diabetes dan merokok.

6 Kanser Prostat
Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat iaitu kelenjar yang mengelilingi uepretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki.

FAKTOR PENYEBAB: kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.

7 Tekanan Darah Tinggi
Turut dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.

FAKTORPENYEBAB : pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.

8 Batu Karang
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam galian ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau gallstone.

FAKTORPENYEBAB: kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersensm, dan tabiat pemakanan yang kuarang sihat.

9 Obesiti
Golongan obes adalah mereka yang mengalami berat nadan yang berlebihan akibat kandungan lemak.

FAKTOR PENYEBAB : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan yang berlbihan, penyakit-penyakit metabolisma endokrin dan sindrom metabolik.

No comments: