cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

5 Aug 2015

MAKANAN BERKHASIAT BANTU KANAK-KANAK MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN AKTIF

Pada usia kanak-kanak, mereka aktif melakukan pelbagai aktiviti. Anak yang aktif adalah anak yang sihat. Namun harus diingat bahawa apabila anak bergerak dengan aktif, mereka mengeluarkan banyak tenaga.

Oleh itu, ibu bapa perlu memerhatikan makanan yang diambil oleh anak kerana sumber tenaga hanya boleh diperoleh daripada pengambilan makanan.

Pastikan anak anda menikmati makanan berkhasiat sesuai dengan keperluan tubuh, baik secara jumlah mahupun zat gizinya. Pengambilan makanan ini tidak hanya digunakan sebagai bahan bakar si kecil dalam melakukan aktiviti namun juga penting untuk perkembangannya.

Tenaga, protein, lemak, karbohidrat,vitamin dan mineral adalah zat gizi yang wajib ada dalam makanan yang anda sajikan untuk si kecil. Meskipun setiap gizi memiliki fungsi yang berbaza-beza bagi tubuh namun setiap satunya saling melengkapi untuk memenuhi keperluan tubuh anak.

TENAGA

Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan tenaga sebesar 1000kcl manakala pada usia empat hingga enam tahun memerlukan sehingga 1550kcl.

Tenaga diperlukan sebagai sumber utama perkembangan dan melakukan aktiviti. Tenaga tidak hanya diperoleh dari nasi, mi atau roti tetapi ayam, daging, tempe, sayur-sayuran,  buah-buahan dan susu juga menghasilkan tenaga meskipun tidak sebanyak makanan daripada sumber karbohidrat.

PROTEIN

Keperluan protein kanak-kanak relatif lebih besar berbanding orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak sedang mengalami perkembangan pesat ketika ini. Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan 25g protein dalam sehari. Berbeza pula dengan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang memerlukan 39 g protein sehari.

Sumber protein terdiri daripada daging, ikan, telur, ayam, makanan laut, tauhu, kacang hijau dan kacang tanah. Protein sangat penting untuk perkembangan dan kesihatan tubuh anak.

LEMAK

Lemak sangat diperlukan anak dalam menunjang perkembangannya terutamanya omega-3 dan omega-6 yang banyak terdapat pada ikan salmon, tuna, tenggiri, kekacang dan bijirin. Lemak berfungsi sebagai zat pelarut vitamin A,D, E,K dan pemberi keenakan pada makanan.

Si kecil dianjurkan mengambil lemak hanya 15 hingga 20 peratus jumlah tenaga. Ini bererti anak berusia satu hingg tiga tahun rata-rata memerlukan 22 gram lemak per hari manakala untuk anak usia empat hingga enam tahun memelukan 34 g lemak.

KARBOHIDRAT

Selain sebagai makanan asas, makanan sumber karbohidrat juga berfungsi sebgaai penghasil tenaga dan sumber serat. Nasi,mi, roti, minun dan kentang adalah sumber karbohidrat yang mampu menyokong aktiviti anak. Bagi mengelakkan anak bosan, pelbagaikan jenis masakan. Misalnya ganti nasi degan kentang atau roti ketika bersarapan.

AIR

Air penting bagi bayi dan kanak-kanak kerana sebahagian besar dari tubuh manusia terdiri daripada air. Keperluan air tidak hanya dipenuhi dari air minuman saja, namun boleh juga didapati dari cecair dalam makanan dan sup. Jumlah keperluan air untuk kanak-kanak cuma 110ml/kg berat badan.


bagaimana pula dengan anak yang memilih makanan? Tentu sukar untuk dapatkan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh untuk membesar dengan sihat.

Perkenalkan MEALSHAKE SHAKLEE

 Antara kebaikan Meal shake ini ialah :

 * Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
 * Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
 * Sesuai untuk seisi keluarga
 * Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
 * Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral   serta kalsium  
   yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
 * Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
 * Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
 * Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
 * Meningkatkan selera makan anak
 * Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
 * Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
 * Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

No comments: