cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

8 Aug 2015

8 JENIS PENYAKIT DISEBABKAN OLEH BADAN YANG BERASID

Bahagian badan yang paling berasid ialah perut. Perut menghasikan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.

Lebihan asid yang banyak tidak dapat di rembes oleh ginjal dan bertakung di dalam salur pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembetukan kristal di dalam salur pencernaan.

Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang da menyebabkan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.

PENYAKIT DISEBABKAN OLEH BADAN YANG BERASID

1. KANSER SEL
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.

2.KENCING MANIS
Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.

3. DARAH TINGGI 
Toksik berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

4. DARAH RENDAH
Toksik berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

5. PENYAKIT BUAH PINGGANG
Pengumpulan toksik berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang

6. OSTEOPOROSIS
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyiman kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika aisd terlalu banyak tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.

7. GOUT
Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.

8. SEMBELIT
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.




No comments: