cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

1 Aug 2015

MAKANAN DARI SUMBER SEMULA JADI MAMPU LINDUNGI KULIT DARI KOROSAKAN AKIBAT RADIKAL BEBAS

Kulit merupakan organ yang memonopoli semua bahagian tubuh. Ia berfungsi menutup seluruh tubuh daripada gangguan di luar tubuh. Pada masa yang sama kulit menjadi lambang kebersihan diri.

Perhatikan kulit anda sekarang. sekiranya kurang diberi penjagaan , ia akan kelihatan kusam dan tidak bercahaya. Selain rawatan dilakukan secara luaran, terdapat juga beberapa kaedah dalam yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kulit yang segar dan sihat.

IKAN SALMON DAN BIJI CHIA
Kedua-dua jenis makanan ini tinggi asid lemak omega-3 di dalamnya, tidak hairanlah sekiranya zat ini berfungsi melingdungi kulit dari radikal bebas sekali gus mencegah terjadinya kanser kulit

TOMATO DAN LOBAK MERAH
Kandungan beta karotena dan lycopene di dlaam tomato dan lobak merah terbukti mampu melindungi kulit dari sinaran UV. Kandungan antioksidan di dalamnya juga dipercayai berupaya mencegah inflamasi pada kulit.

COKLAT HITAM
Flavonoid yang terkandung di dalam coklat hitam dikatakan mampu melindungi kerosakan kulit akibat sinar matahari. Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan mendapati flavonoid dalam coklat hitam berupaya meningkatkan aliran darah ke kulit sekaligus menjaganya agar terhidrasi dengan baik disamping mencerahkan kulit dengan baik.

SAYURAN HIJAU
Umum mengetahui bahawa sayuran hijau mempunyai tahap vitamin yang tinggi. Salah satu darinya ialah zat antioksidan yang berfungsi menjaga kesihatan kulit seterusnya mencegah dari berlakunya kanser kulit.

TEH HIJAU
Teh hijau mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Justeru, pengambilan teh hijau secara rutin dikatakan mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV. Sementara zat antioksidan  di dalamnya pula terbukti mampu melawan terjadinya masalah radang kulit dengan cara menstabilkan kembali radikal bebas.

Mudahnya nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Hanya makan sahaja. Namun berapa ramai yang tak suka makan sayur. Bagaimana nak dapatkan kulit yang sihat? Jangan bimbang, anda juga boleh mendapatkan kulit yang cantik semudah A,B,C

http://mamasarashope.blogspot.com/2015/03/cantik-semudah-abcd-e.html

No comments: