cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Aug 2015

JANGAN MEMASAK 8 MAKANAN INI DALAM MICROWAVE

Dengan keadaan sekarang yang semakin sibuk dan cepat, ketuhar gelombang mikro ( microwave ) menjadi alat pilihan untuk mempermudahkan tugas rumah tangga terutamanya dalam menyiapkan makanan.

Alat ini juga boleh memanaskan makanan dalam masa yang singkat, cepat dan praktikal. Namun, tidak semua jenis makanan boleh dimasukkan ke dalam ketuhar ini kerana ia bukan sahaja merosakkan makanan tetapi juga menimbulkan kebakaran.

Beberapa jenis makanan yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam makrowave:

BUAH-BUAHAN
Biasanya, buah-buahan dijadikan pencuci mulut yang sihat. Tetapi ada juga buah-buahan yang dimasak, direbus, dikukus untuk mengeluarkan cairan gula dan bukannya dimasukkan ke dalam mikrowave . Tidak semua buah-buahan dapat menahan panas. Contohnya, buah anggur dan strawberi. Ia akan meledak dan men7mbulkan rasa hangit apabila terkena panas.

SAYUR-SAYURAN
Kebanyakan kita memanaskan sayuran dalam microwave. Sebenarnya, memanaskan sayuran dalam dalam microwave boleh mematikan enzim dan menghilangkan nutrisi serta antioksida sehingga 97 % daripada sayuran itu.

TELUR MENTAH
Jangan sesekali memasukkan telur mentah dengan tujuan untuk merebus atau menggoreng ke dalam mikrowave. Haba panas yang kuat dari mikrowave boleh membuatkan telur pecah dan meledaksehingga meninggalkan bau telur yang hanyir. Sebaiknya rebuslah telur di atas api dapur.

CILI
Walaupun memasukkan cili ke dalam tidak akan membuat ia meledak atau merosakkan mikrowave tetapi ia akan melepaskan zat kimia capsaicin (zat yang memberi rasa pedas). Keadaan ini akan membuat mata dan wajah anda pedih dan panas ketika anda membuka microwave

SUSU IBU
Sebelum memberikan susu badan kepada bayi, para ibu pasti akan memanaskan terlebih dahulu. Jika anda ingin lakukan, cukuplah dengan meletakkan botol susu ke dalam bekas berisi air panas. jangan sesekali memanaskan di dalam mikrowave. Ini kerana suhu yang terlalu panas dari microwave akan menjadi rosak dan mengandungi bakteria 18 kali lebih banyak.

DAGING
Memanaskan daging beku membuatkan lelehan air akan keluar dan bahagian luar daging menjadi hangus. jika ingin melembutkan daging beku, cara terbaik adalah biarkan ia seketika di sinki atau alirkan dengan air paip.

PANAS TANPA BAHAN
Jangan sesekali cuba memanaskan microwave dalam keadaan kosong tanpa bahan kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Tiada makanan yang menyerap panas, komponen magnetron yang memberi tenaga panas makrowave akan menyerap semua haba panas dan merosakkan mikrowave itu sendiri.

KERTAS
Ketika anda ingin memanaskan makanan dalam bungkusan ( kertas ), jangan lupa untuk membuka bungkusan tersebut. Kertas adalah material yang mudah terbakar dan boleh merosakkan mikrowave tersebut.

BERSIH SELEPAS PENGGUNAAN
Selepas penggunaan mikrowave, jangan biarkan begitu sahaja tanpa dibersihkan terlebih dahulu. Cara mudah bersihkan mikrowave:

Cara 1:
Tuangkan 3/4 air dan sedikit serbuk penaik ke dalam gelas dan masukkan ke dalam mikriwave selama 4-5 minit. Air tadi akan mendidih dan mengeluarkan wap. Biarkan selama 15 minit. selepas itu, keluarkan. Lapkan permukaan mikrowave dengan kain bersih dan kering.

Cara 2 :
Potong lemon kepada 4 bahagian dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air. Anda juga boleh menggunakan 2-3 senduk jus lemon. Panaskan selama 2-3 minit atau sehingga air menididih. tutut dan biarkan selama 10-15 minit. Wap dari lemon itu akan membantu membuang sisa makanan yang melekat.

No comments: