cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

25 Aug 2015

SARAF YANG SIHAT PENTING UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP

Saraf yang sihat adalah penting bagi kita menikmati kebebasan bergerak serta mengalami sensasi penglihatan , bunyi, sentuhan dan rasa. Walaupun kebanyakan orang sedar akan kepentingan kombinasi gaya hidup sihat, senaman yang berterusan dan diet seimbang, namun ramai yang tidak sedar bahawa saraf yang sihat turut memainkan peranan penting untuk menjamin kesejahteraan kita.

Perkara yang terpenting dalam penjagaan kesihatan saraf adalah pengambilan vitamin-vitamin neurotropik, yakni vitamin B1,B6, dan B12 yang penting untuk mengekalkan kesihatan saraf serta berfungsi secara kolektif untuk merawat atau memperlahankan neuropati.

Vitamin-vitamin B menyihatkan dan melindungi sel-sel saraf, sekaligus mempertingkatkan fungsi sel-sel tersebut dan melegakan kesakitan.

Vitamin B1 menguatkan saraf dan berfungsi sebagai sumber tenaga bagi saraf, manakala vitamin B6 menggalakkan penghantaran impuls saraf dsn membantu melegakan kesakitan.

Vitamin B12 pula dapat memulihkan saraf dan mengelakkan sel-sel saraf daripada rosak dan amat penting untuk kesihatan saraf keseluruhan.

Keputusan tinjauan kesihatan saraf yang dijalankan jelas menunjukkan ramai yang berdepan tanda-tanda awal kerosakan saraf. Bagaimanapun , disebabkan kesedaran terhadap neuropati masih agak rendah, ramai tidak mengaitkan simptom-simptom yang dialami dengan masalah ini.

Gaya hidup hari ini yang cepat lagi sibuk juga telah menyumbang kepada masalah kerosakan saraf. Biarpun demikian, kesakitan yang diamali sering dipandang ringan dan dianggap biasa. Disebalik simptom-simptom serta kesakitan yang dialami tersembunyi masalah kesihatan yang lebih besar.

VITAMIN B

B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin larut-air, sebarang percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari.

Bagaimana Memilih B Kompleks yang baik

·       Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12 asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA ( kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama )

·       Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

·       Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar

·       Elakkan pengambilan B kompleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustain releasa)

No comments: