cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Aug 2015

PUNCA PENYAKIT DISEBABKAN TERLALU BANYAK ASID DALAM BADAN

Umpama bom jangka, tubuh sememangnya penuh rahsia dan tanda tanya. Manusia hanya mengetahui diri benar-benar sakit bila muncul simptom - simptom kronik. Itu pun jika seseorang itu alert dengan signal yang tubuh berikan. Ada juga keadaan dimana tiada simptom khusus muncul bagi menunjukkan tubuh sedang sakit.

Siapa tidak risau jika tiba-tiba doktor mengatakan tubuh mengalami masalah itu dan ini. Puas mencari punca, rupa-rupanya diri sendiri yang menganiaya. Kata pepatah "We ArebWhat We Eat" sememangnya tepat kena batang hidung sendiri.

Tabiat memilih makanan seperti daging, ayam, produk tenusu, ikan dan telur serta mengabaikan sayur-sayuran dan buah-buahan tanpa disedari menyebabkan asid berlebihan menceroboh dalam tubuh lalu melemahkan semua sistem badan. Ini kerana tubuh berasid menyediakan persekitaran dalaman yang kondusif untuk penyakit bermaharajalela.

Konsep ketidakseimbangan asid alkali sebagai punca penyakit bukanlah suatu yang baru. Pada tahun 1933, seorang doktor dari New York bernama William Howard Hau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk "A New Health Era" di mana beliau menegaskan bahawa semua penyakit adalah disebabkan oleh "autotoxication" atau keracunan diri disebabkan oleh pengumpulan asid dalam badan.

Lebih membimbangkan keadaan ini merupakan satu fenomena yang sangat biasa berlaku pada hari ini. Dr. Theodore A. Baroody seorang pakar nutrisi melalui bukunya yang bertajuk "Alkalize or Die" turut menyatakan bahawa penyakit datang daripada punca yang sama iaitu terlalu banyak sisa tisu asid dalam badan.

Semakin berusia, tubuh kehilangan antibodi yang disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, merokok, pencemaran makanan, pendedahan dengan radiai, virus dan sebagainya. Tidak hairanlah jika masyarakat moden memiliki tubuh yang lebih berasid jika hendak dibandingkan dengan yang terdahulu.

Tubuh yang sihat mampu mengekalkan simpanan alkali yang mencukupi supaya ia mampu menjalankan tugasnya dengan lancar. Apabila lebihan asid berlaku, ia terpaksa dineutralkan oleh simpanan alkali tadi lalu menyebabkan alkali semakin berkurangan dan badan akan berada dalam keadaan yang lemah.


No comments: