cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

2 Aug 2015

MANFAAT DAN KEBAIKAN SUSU IBU PADA ANGGOTA TUBUH BAYI ADALAH YANG TERBAIK

Terlalu banyak manfaat dan kebaikan susu ibu buat bayi. Jangan sesekali menolak untuk menyusukan bayi atas pelbagai alasan. Kebaikan susu ibu bukan sahaja untuk tumbesaran dan kesihatannya malah juga pada anggota tubuh badan bayi.

Antara manfaatnya adalah;

Mata
Susu ibu mengandungi lutein, gangliosida dan pelbagai lagi khasiat yang diperlukan retina untuk membantu perkembangan penglihatan yang optimum. Aktiviti visual bayi yang mendapat susu ibu lebih tinggi berbanding bayi yang diberi susu formula.

Telinga
Bayi susu ibu kurang berisiko mengalami jangkitan telinga. Ia berkait dengan kedudukan vertikal semulajadi dalam proses pemberian susu ibu sehingga cecair masuk ke saluran mulut.

Mulut
Bayi susu ibu memerlukan kurang rawatan ortodontik sehingga berusia satu tahun. Bayi kurang mengalami pertumbuhan abnormal gigi rahang atas dan bawah. Aktiviti menghisapmputing juga menyokong pertumbuhan otot wajah. Selain itu, perubahan rasa susu ibu memberi bayi pengalaman rasa yang membantunya ketika beralih kepada makanan pejal.

Sistem pernafasan
Bayi jarang mengalami jangkitan saluran pernafasan bahagian atas, radang paru-paru dan influenza. Susu ibu yang mengandungi antibodi ibarat vaksin semula jadi.

Jantung dan peredaran darah
Bayi berhadapan risiko rendah mengalami hipertensi, penyakit kolestrol dan kencing manis ketika dewasa.

Buah pinggang
Pada susu ibu terdapat unsur makanan dan enzim yang direka khusus untuk bayi dengan komposisi yang sesuai. Ini membuatkan seluruh kandungan susu ibu diserapsecara efisien.

Usus
Bayi cenderung terhindar dari cirit-birit, gangguan pencernaan atau radang usus bawah akibat alergi protein.

Sendi dan otot
Penyakit radang sendisanagt jarang ditemui berlaku pada bayi yang mendapat susu ibu.

Kulit
Susu ibu bersifat hipoalergenik atau sangat rendah menyebabkan alergi. Selain itu, ia menjadi benteng tubuh terhindar daripada masalah kulit yang lain.

Saluran kencing
Kurang berlakunya jangkitan saluran kencing pada bayi susu ibu.

Usus besar
Bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif juga bebas masalah usus besar, sekali gus melancarkan pembuangan air besar.

Susu ibu adalah percuma. Menyusukan anak dengan susu ibu secara terus dan sekerap yang boleh dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Hargailah anugerah yang Allah swt berikan kepada kita.

No comments: