cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Aug 2015

ALKALI STABILKAN pH BADAN KURANGKAN RISIKO SESUATU PENYAKIT

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca penyakit kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat pula merupakan antara penyumbang utama kepada keasidan di dalam badan.

Mengikut kajian pakar perubatan, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan  serta meningkatkan daya ketahanan badan. Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan kealkalian badan. Air alkali dikatakan mengandungi mineral beralkali seperti kalsium, magnasium, dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

Pengambilan air alkali juga tidak perlulah sehingga tahap ia menjadi minuman 'wajib' kerana diakui minuman tersebut memberikan impak yang baik dalam menstabilkan pH badan. Namun, cara yang lebih baik adalah dengan memastikan pengambilan diet yang sihat dan betul.

Walaupun badan dapat mengekalkan keseimbangan pH tubuh, tetapi pengambilan makanan berasid atau beralkali secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kerana nilai nutrisinya yang tidak seimbang.

Terutamanya apabila kerap mengambil makanan daripada sumber haiwan yang tinggi lemak dan kolestrol  kerana merupakan makanan yang paling berasid. Kaedah memasak BBQ dan bergorang juga menukarkan sebatian dalam makanan haiwan itu kepada sebatian karsinogenik yang tidak baik untuk kesihatan kita.

Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar pula memberikan kesan kealkalian terhadap tubuh kerana ia membantu untuk menderma elektron kepada ion hidrogen dalam cecair berasid dan meneutralkannya. Ia juga tinggi kandungan fiber dan antioksidan yang baik untuk kesihatan.


No comments: