cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

11 Dec 2012

SUPLEMEN BERKHASIAT KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU


Alangkah bahagianya menjadi seorang  ibu apatah lagi boleh menyusui bayi sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi yang mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunya daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovary jarang berlaku pada ibu-ibu- yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan , dan selepas itu siteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengkalkan kesihatan si ibu.

BERIKUT ADALAH SARANAN NUTRIEN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PARA IBU YANG MENYUSUI BAYI BAGI MEMASTIKAN KESIHATAN BAYI DAN IBUNYA

MULTIVITAMIN 
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

PROTIEN
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyususan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat setiap hari.

VITAMIN C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada serangan kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf  dan metabolism yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel darah merah, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melauli susu ibu.

KALSIUM  
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk menbina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

ASID LEMAK OMEGA 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD atau autisme.

ALFALFA
Alfalfa mengandungi banyak nutrient penting dan pelbagai vitamin seperti K,A,B1,B6,C,E, kalsium, Zink dan Zat Besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan sumber vitamin yang berkualiti boleh hubungi

FB PAGE : https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl 
call / sms : 017-4857436

No comments: