cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

14 Dec 2012

Kebaikan Penggunaan Evening Primerose Oil (EPO


Evening Primerose Oil (EPO) pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkuping serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan EPO mampu mengurangkan symptom eczema  dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah kulit.

Kebaikan EPO melegakan Simptom Prahaid ( Pre Menstrual Syndrom) kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami prahaid (PMS ) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara.
                                                         evening primerose flower

Selain itu EPO juga mempunyai kebaikan dalam menangani masalah lain antaranya:
v  Diabetik Neuropathy

Merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetis/ kencing manis. Antara symptomnya adalah seperti rasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO meransang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom gangguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetis / kencing manis.
 
v  Kesihatan jantung dan paras kolestrol

Kandungan GLA ( Gamma Linolik Asid ) dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan salur darah (atherosclerosis ). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung dan strok. Oleh itu, pengambilan asid lemak omega-6 dan omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

v  Osteoporosis

Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu ( essential fatty acid ) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA ( omega-3) yang seimbang seara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutamanya wanita berumur 65 tahun ke atas.
 
v  Banyak lagi kebaikan EPO termasuklah

       ·        Berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan.

·        Membantu mengawalatur kitaran haid

·        Melegakan Sindrom Sebelum Hais (PMS ) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakan dan kekejangan perut.

·        Mengurangkan symptom putus haid – panas badan, peluh sejuk, kemurungan dan kekeringan faraj.

·        Menggalakkan kulit yang sihat, muka berseri-seri – bermanfaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan eczema dan alergi kulit.

·        Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.

·        Menguatkan kuku yang mengelupas.

·        Mengurangkan radang dan sakit sendi

·        Mengurangkan tekanan darah.

 

 

 

 

No comments: