cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Dec 2012

POWER PUMPING


Anda masih menyusukan bayi dan mengalami kurang susu walaupun sudah mengambil vitamin tambahan untuk memperbanyakkan susu ibu. Tak tahu bagai mana cara untuk mempertingkatkan penghasilan susu ibu untuk simanja yang sedang membesar?

Terdapat kaedah atau teknik yang sangat berkesan dalam membantu meningkat penghasilan susu ibu. Salah satu kaedahnya yang dikenali sebagai power pumping. Caranya sungguh mudah. Apa yang diperlikan hanyalah masa selama satu jam bagi menjayakannya.

Teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti yang lazim anda lakukan setiap hari dengan cara yang lebih unik dari biasa iaitu dengan meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Waktu paling sesuai untuk melakukan power pumping adalah waktu tengah malam. Hal ini kerana pengeluaran hormone prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu begini. Walaupun begitu, tidak kira lah dilakukan waktu siang ataupun malam yang penting anda selesa dan dapat melakukan dalam keadaan tenang.

TEKNIK POWER PUMPING

v  Pam Tunggal – pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara kiri pula untuk tempoh 10 minit juga. Tukar semula ke payudara kanan 10 minit seterusnya ke payu dara kiri. Lakukan secara berterusan selama sejam.

v  Pam Berganda – pam kedua-dua belah payu dara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat 10 minit dan sambung kembali mengepam 10 minit lagi. Ulang langkah sehingga cukup 1 jam.

TIP TAMBAHAN

v  tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.

v  Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam setiap kali berhenti rehat. Malah boleh terus mengepam dalam botol yang sama.

v  Setiap jumlah perahan susu ibu antara waktu perahan dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan dahulu supaya suhunya sama sebelum disatukan dalam satu bekas.

v  Sekiranya boleh cuba tidur disiang hari seketika terutamanya waktu rehat tengah hari bagi membolehkan anda berjaga di waktu malam.

v  Bagi golongan muslim, tidur awal dan bangun diawal pagi untuk melakukan solat sunat terutama tahjud dan boleh lah memulakan rutin power pumping.

v  Letakkan gambar bayi anda bersebelahan tempat anda lakukan power pumpin atau pun pam bersebelahan bayi anda untuk mendapat ransangan dalam penghasilan susu ibu.

GOLONGAN YANG TURUT MEMERLUKAN POWER PUMPING

v  Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak angkat.

v  Ibu yang mahu menyusukan semula anak setelah beberapa ketika berhenti menyusukan.

v  Ibu yang kekurangan susu akibat daripada perubahan hormon atau kesan daripada kurang mengepam.


                                                                                                                                       Pa&Ma bil 147

No comments: