cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

13 Dec 2012

MAKANAN UNTUK KULIT YANG SIHAT

Makanan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit samaada disebabkan oleh paparan sinaran matahari atau pencemaran. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu diambil supaya terhindar daripada kerosakan kulit yang disebabkan radiasi sinar matahari.

OREN
Oren mengandungi limonene ( senyawa kimia ekstrak kulit oren ) yang mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34% . limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya. Senyawa ini mampu melawan molekul senyawa yang tidak stabil ( radikal bebas ) akibat radiasi dan merosakkan tubuh.

TEH HIJAU
Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya iaitu Epigallocatechin gallate atau EGCG. EGCG merupakan senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh, daun pisang dan beberapa tanaman lain. Menurut kajian, EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparan sinar uv yang berlebihan dan berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.

LOBAK DAN SAYURAN BERWARNA MERAH
Lobak dan sayuran berwarna merah, kuning, dan oren mengandungi karotenoid ( zat yang member warna merah semulajadi pada syuran-sayuran dan buah-buahan ) yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari. Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang dan mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.

SALMON
Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega 3. Kandungan asid lemak omega 3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser dan minyak pada ikan membantu mengurangkan masalah kulit terbakar.

BAYAM
Sayur yang mempunyai daun yang berwarna hijau gelap seperti bayam, salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya diransang oleh sinar UV dalam tisu kulit.

WALNUT

Sama seperti salmon, walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega 3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinaran matahari. Walnut juga mengandungi sntioksidan yang mampu melindungi sel daripada radikal bebas dan pertumbuhan kanser dengan cara menguatkan sistem kekebalan tubuh.






















No comments: