cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Dec 2012

PENGAMBILAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN DHA AMAT PENTING DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK SI MANJA


Sebagai seorang ibu yang sedang hamil, anda pastinya mahu yang terbaik untuk pertumbuhan si manja. Ia bermula sejak si manja di dalam rahim anda lagi; berbilion-bilion neuron sedang berkembang dan diserapkan ke otak si manja, menjadi gabungan penting yang membantu dalam pembelajaran dan perkembangan otak. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan DHA dengan mencukupi adalah amat penting di dalam tempoh pertumbuhan yang pesat ini.
Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa DHA  akan terkumpul di sekitar otak dan mata bayi sewaktu trimester terakhir kehamilan dan bulan –bulan awal selepas dilahirkan. Pengumpulan DHA ini juga berkait rapat dengan fasa kemuncak dalam pertumbuhan otak simanja. Peringkat pertumbuhan otak yang pesat serta pengumpulan DHA pada waktu berkaitan mendedahkan kepentingan kehadiran DHA sebagai nutrien utama dalam pembentukan sistem saraf si manja .
Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain.  
DHA adalah sejenis asid lemak poli-tak tepu rantaian panjang (LCPUFA) , adalah asid lemak paling kompleks dan terpanjang di antara asid lemak omega3. Ia nya boleh didapati kebanyakannya di dalam sistem otak  dan saraf.
Bagai mana diperoleh.                             
Si ibu membekalkan DHA kepada bayi dalam kandungan melalui tali pusat kerana bayi yang belum dilahirkan tidak dapat menghasilkan DHA sendiri di dalam rahim si ibu. Selepas dilahirkan , DHA boleh diperolehi daripada susu ibu ataupun makanan yang mengandungi DHA, atau dihasilkan sendiri oleh tubuh daripada asid-asid lemak yang lebih ringkas ( Asid lemak perlu –EFA).
Si ibu haruslah mengambil makan yang kaya dengan omega 3 kerana kandungan DHA dan EPA yang tinggi. Kebanyakan makanan kurang mengandungi asid lemak omega 3 ini. Antara makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 adalah seperti ikan salmon, ikan tuna, ikan haring, kekacang dan sebagainya.
Pengambilan makanan tambahan atau suplemen yang mengandungi asid lemak omega 3 juga digalakkan sewaktu hamil trimester terakhir dan juga semasa proses penyusuan. Hal ini kerana DHA dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Salah satu suplemen uang mengandungi asid lemak omega 3 adalah Shaklee Omega Guard. Shaklee Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spectrum  penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan asid lemak omega 3 yang terbaik ini anda boleh menghubungi saya di
CALL / SMS : 017-4857436

No comments: