cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Dec 2012


Magnasium ialah komponen minor di dalam tulang dan juga terdapat dalam sel-sel tisu lembut. Fungsi magnasium ialah sebagai pengaktif bagi pelbagai jenis enzim, mengekalkan fungsi normal otot, dan sistem saraf pertumbuhan tulang. Selain itu, magnasium berperanan menjana enzim yang diperlukan bagi mengeluarkan tenaga  dalam tubuh.
Dalam bidang perubatan, magnesium hidroksida digunakan untuk menghasilkan susu magnesia;magnesium sulfat dalam penghasilan garam Epsom manakala magnasium klorida, oksida, glukonat, malat, oratat dan sitrat digunakan sebagai makanan tambahan zat magnesium.
Magnesium organic penting bagi kedua-dua haiwan dan tumbuhan. Klorofil merupakan porifrin berpusat magnesium. Keperluan gizi bagi orang dewasa dipengaruhi oleh pelbagai factor, seperti jantina, berat dan saiz.
Banyak enzim memerlukan kehadiran ion magnasium. Pemakanan yang kurang magnasium selalunya boleh mengakibatkan kekejangan otot, yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi dan osteoporosis.
Sayur hijau sperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat klorofil mengandungi magnasium. Kekacang, biji-bijian dan sesetengah bijian sempurna adalah sumber magnasium yang baik.
Memakan beraneka jenis makanan, termasuklah lima sajian buah-buahan san sayur-sayuran setiap hari dan banyak bijian akan memastikan keperluan pemakanan magnasium yang mencukupi.
Air juga boleh membekalkan magnasium, tetapi kandungannya berubah-ubah mengikut bekalan air. Air liat mengandungi lebih banyak magnasium berbanding dengan air lembut. Tinjauan gizi pemakanan tidak mengambil kira pengambilan daripada air dan ini mungkin akan menyebabkan penganggaran lebih rendah dalam jumlah pengambilan magnesium dan kebolehubahannya.

GEJALA KEKURANGAN MAGNASIUM

v  Luka / lebam yang lambat sembuh (selain disebabkan oleh kencing manis)
v  Mudah naik angin / marah
v  Angina ( sakit dada tetapi sebenarnya sakit jantung )
v  Mudah rasa cemas, degupan jantung yang tidak stabil
v  Penyakit lelah ( asma ), bronchitis
v  Migraine, kerap sakit kepala
v  Sindrom letih keterlaluan
v  Rasa sejuk dihujung jari / kaki
v  Sukar focus, senang keliru
v  Murung dan kemurungan lepas bersalin
v  Kencing manis ( diabetes ) jenis 1 dan 2
v  Fibromyalgia * sejenis sakit otot / sendi )
v  Ketagihan karbohidrat, coklat, masin, makanan segera
v  Tersedak / tercekik apabila makan, minum
v  Sakit jantung, degupan jantung terlalu cepat
v  Tekanan darah tinggi
v  Melahirkan anak yang mengalami penyakit Cerebral Palsy
v  Tenaga batin yang berkurangan
v  Senan terkejut disebabkan bunyi bising

Secara am, faktor-faktor seperti kesibukan , stres, tidak jaga makanan seperti pengambilan makanan segera serta pencemaran udara, air, cahaya dan bunyi semuanya mengakibatkan seseorang individu itu kekurangan magnesium.
Gaya hidup moden dan kesibukan kerja secara amnya akan mempengaruhi diet, masa rehat kita. Memang bukan senang untuk mengelak ataupun mengurangkan factor-faktor yang manyebabkan kita kekurangan magnesium disebabkan cara kehidupan kita asa kini.
Namun, cara untuk kita mengatasi masalah ini adalah dengan menambah magnasium ke dalam kehidupan harian kita. Ini kerana magnqasium merupakan sumber elemen yang melegakan badan dan minda kita selain peranannya dalam kesihatan kita secara keseluruhannya. Melalui pengambilan magnasium kita mampu menghadapi segala cabaran di samping menikmati kehidupan dengan lebih ceria.

No comments: