cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Dec 2012

DIET YANG MENYIHATKAN UNTUK IBU YANG MENYUSU

Ibu-ibu yang menyusu selalu risau tentang pengambilan diet yang sihat. Keperluan diet yang bernutrisi untuk penyusuan adalah sama seperti diet yang anda perlu ambil semasa anda hamil. Satu diet yang seimbang termasuklah gabungan pelbagai makanan yang kaya dengan nutrient yang kurang mengandungi makanan yang diproses. Ia merupakan pengambilan makanan yang ideal. Walau bagaimanapun, satu diet yang sempurna bukanlah suatu yang perlu dikecapi, maka, anda tidak terlalu risau. Berikut adalah beberapa perkara tentang diet yang biasa mendapat perhatian di kalangan ibu yang menyusu.

DIET PENYUSUAN SUSU BADAN YANG MENYIHATKAN
KALORI
Penyusuan memerlukan tambahan 500 kalori setiap hari iaitu lebih daripada ibu hamil diperlukan. Kalori ini dating daripada makanan yang sihat dan padat dengan nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, produk-produk tenusu rendah lemak dan sumber-sumber protein tanpa lemak.
PROTIEN
Wanita-wanita yang menyusu memerlukan lebih 25 gram protein sehari berbanding dengan hari-hari biasa dan kandungan jumlah protein ini adalah sama ketika anda hamil. Permintaan ekstra terhadap protein ini dapat dipenuhi dengan emngambil 6 ke 7 auns daging tanpa lemak dengan tambahan 3 cawan susu rendah lemak serta produk tenusu.
CECAIR
Ibu-ibu yang menyusu memerlukan lebih cecair daripada biasa. Minum segelas cecair setiap kali anda menyusu atau mengepam susu begitu juga dengan hidangan makanan dan snek. Air kosong, susu rendah lemak dan 100% jus buah-buahan adalah pilihan yang terbaik. Hadkan pengambilan minuman ringan, jus dan minuman buah-buahan yang mana ia mengandungi gula dan kalori yang tinggi. Pilih air kosong atau jus yang telah dilarutkan dengan air.
Kafien
Kebanyakan bayi yang menyusu boleh bertahan dengan kafien yang sederhana ( satu atau dua cawan minuman berkafien sehari ). Walaubagaimanapun, satu cara untuk mengetahuinya adalah dengan memerhatikan anak anda. Bagi sesetengah bayi terutamanya mereka yang kurang daripada enam bulan, mungkin lebih sensitif  terhadap kafein.
IKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI (RAKSA)
Wanita-wanita yang menyusu perlu mengelakkan pengambilan ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak, ikan king mackerel, fishtile dan ikan tuna. Selain itu, mereka harus mengambil lebih daripada 12 auns makanan laut yang lebih rendah merkuri seminggu. Ia termasuklah kerang, tuna di dalam tin, ikan salmon, ikan hering, ikan kod, ikan trout, ikan Pollock dan ikan keli. Tuna Albacore mempunyai kandungan merkuri yang lebih tinggi daripada ikan tuna di dalam tin, jadi ambil hidangan tuna ini tidak lebih daripada 6 auns seminggu atau anda mungkin boleh mengelakkannya sama sekali.
VITAMIN / SUPLEMEN
Ibu-ibu yang menyusu selalunya boleh memenuhi keperluan nutrient melalui diet yang seimbang. Walau bagaimanapun kadangkala suplemen mineral atau vitamin adalah perlu, jadi berjumpalah dengan pakar kesihatan anda.
DHA
DHA, sejenis asid lemak omega 3, hadir secara semulajadi dalam susu ibu, ia amat kritikal untuk otak, mata dan perkembangan system saraf pada bayi. Wanita-wanita yang menyusu adalah digalakkan untuk mengambil sumber-sumber semulajadi DHA iaitu ikan-ikan air sejuk yang berminyak seperti ikan salmon, hering, mackerel ( elakkan daripada makan ikan yang besar kerana kandungan merkurinya yang tinggi ), sardine dan ikan bilis. Sesetengah produk diperkaya dengan DHA termasuklah sesetengah jenama telur, susu, yogurt, susu soya, produk soya dan nutrition bar (terutamanya yang diperbuat untuk ibu hamil dan menyusu )
DIET YANG EKSTREM
Diet rendah kalori ( kurang daripada 1800 kalori ) adalah tidak memadai untuk memenuhi keperluan nutrient dan mungkin menyebabkan penurunan penghasilan susu.

 

                                                                                                                                                  Mamibaby isu 97

 

 

UNTUK MENDAPATKAN SUMBER VITAMIN UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU ANDA BOLEH MENGHUBUNGI

CALL / SMS : 017-4857436

No comments: