cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Dec 2012

KEKAL SIHAT DAN PRODUKTIF DI USIA TUA..


Menjadi tua memang tidak dapat dicegah kerana setiap orang pasti akan mengalaminya. Namun, ramai yang tidak bersedia untuk memasuki usia tersebut. Bagi mereka, masa tua adalah sesuatu yang dianggap menakutkan kerana bimbang tidak dapat melakukan perkara-perkara yang produktif dan berguna. Hal ini kerana, ketika memasuki usia senja, fungsi organ tubuh mula mengalami kemerosotan. Contohnya, mata menjadi rabun, tubuh cepat letih dan daya ingatan merosot. Tubuh juga mudah jatuh sakit.

Keadaan ini sudah tentu memerlukan sumber kewangan yang banyak. Perkara inilah yang sering menjadikan ramai orang berasa bimbang akan menjadi beban kepada keluarga. Justeru itu, kita perlu menjalani gaya hidup sihat sejak awal lagi. Menurut seorang pakar, terdapat dua sebab yang menyebabkan orang lanjut usia mudah jatuh sakit iaitu penuaan sel tubuh dan gaya hidup yang diamalkan sejak muda.

Gaya hidup yang tidak sihat boleh mempercepat terjadinya penuaan sel-sel tubuh. Gaya hidup itu meliputi pola pemakanan, senaman dan rehat yang cukup. Jika gaya hidup yang diamalkan tidak teratur maka, proses kerosakan sel diusia tua lebih cepat terjadi. Hal ini kerana, pola pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat itu boleh menyebabkan radikal bebas memasuki tubuh dan akan menimbulkan kerosakan di pelbagai bahagian sel. Semakin banyak radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh maka, semakin banyak sel yang akan mengalami kerosakan.

Radikal bebas ialah molekul yang terbentuk dengan sendirinya dan sifatnya adalah merosakkan sel-sel lain dalam tubuh. Radikal bebas sangat mudah ditemui di sekitar kita bermula daripada makanan yang digoreng dengan tidak sihat, pencemaran udara, rokok dan sebagainya. Semua itu akan memendekkan jangka hayat sel. Justeru itu, bagi menangkis seranga radikal bebas, antioksidan sangat diperlukan.

 Antioksidan akan melindungi sel dengan memerangkap radikal bebas supaya tidak mengancam sel-sel  dalam tubuh. Antioksidan boleh diperoleh daripada makanan yang sihat seperti sayuran dan buah-buahan. Namun, tidak semua orang boleh memenuhi keperluan antioksidan. Hal ini kerana, gaya hidup masa kini menyebabkan ramai orang semakin jauh daripada pola pemakanan sihat. Sekiranya ia tidak dapt dipenuhi daripada makanan yang kita ambil, kita boleh mendapatkan antioksidan daripada makanan tambahan atau suplemen.

Selain orang yang lanjut usia, suplemen juga baik diambil oleh kanak-kanak, wanita, ibu hamil dan menyusu serta perokok. Sebaik-baiknya suplemen diambil sejak awal lagi untuk memelihara kecergasan sel dan organ tubuh hingga tua. Hal ini kerana, fungsi organ tubuh pada usia tua akan mengalami kemerosotan bermula daripada fungsi sel, hormon dan pencernaan. Akibatnya makanan yang diambil oleh orang yang berumur tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh.

Kemerosotan fungsi organ ini akan menyebabkan orang yang berumur tidak boleh mengambil makanan terlalu banyak. Hal ini kerana, pengambilan makanan yang berlebihan akan mempercepatkan lagi proses penuaan sel. Oleh kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh terhad, bekalan nutrisinya juga akan menjadi terhad. Sedangkan, apabila memasuki usia tua, keperluan nutrisi diperlukan sebanyak mungkin untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Untuk mengatasinya perlu mengambil suplemen yang mengandungi vitamin c, vitamin b complex, vitamin d, dan omega 3. Vitamin b kompleks dapat meningkatkan kekebalan tubuh manakala vitamin d berfungsi sebagai tambahan kalsium untuk kesihatan tulang. Omega 3 pula baik untuk kesihatan jantung.

Pengambilan makanan yang seimbang dan bernutrisi kaya dengan gizi dan vitamin dapat melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh. Justeru itu, pengambilan makanan yang seimbang dan bernutrisi dalam diet harian kita perlulah diamalkan dari sekarang. Ini bagi menjamin kesihatan yang bagus dan megurangkan risiko penyakit kepada tubuh kita.
UNTUK MENDAPATKAN SUMBER VITAMIN SEMULAJADI UNTUK KESIHATAN YANG BERPANJANGAN  ANDA BOLEH MENGHUBUNGI

CALL / SMS : 017-4857436

 

 

 

 

 

No comments: