cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Oct 2015

7 ZAT MAKANAN PENTING YANG DIPERLUKAN TUBUH KETIKA SEDANG BERDIET


Dalam usaha untuk mengurangkan berat badan dalam cara sihat, tubuh memerlukan zat makanan tertentu untuk membantu menolak rasa ingin malan, mengatur metabolisma dan memastikan sistem pencernaan dalam keadaan baik.

Bagaimana vitamin dan zat makanan boleh membantu meransang usaha mengurangkan berat badan?

ZAT BESI
Apabila tidak mendapt zat besi secukupnya, anda akan rasa tidak bermaya, letih dan pening. Oleh tu, amat penting untuk memastikan tubuh mendapat zat besi yang dicadangkan iaitu lebih kurang 18mg terutamanya kepada wanita yang sedang haid. Anda boleh memilih untuk makan daing merah, kacang dal, kacang dan sayuran berdaun hijau pekat.

VITAMIN C
Anda boleh menggandingkan zat besi dengan vitamin C bagi mendapatkan tenaga yang diperlukan. Vitamin C membantu tubuh menggunakan jenis zat besi yang sukar diserap yang ditemui dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, vitamin C adalah antioksidan yang meransang fungsi sel pada tahap optimum.

Apabila sel-sel berfungsi dengan sempurna, otot akan bekerja lebih kuat. Pastikan anda mendapat 75mg vitamin C setiap hari daripada buah oren, lada benggala dan juga kubis kerinting.

LEMAK
Lemak tak tepu merendahkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Untuk mendapatkan lemak tak tepu, anda bleh mengambil minyak zaitun, avokado, kekacang dan lemak ikan seperti salmon dalam pemakanan seharian anda. Untuk mendapatkan kebaikan makanan tersebut perlulah diambil dalam saiz hidangan yang berpatutan.

BITAMIN B6
Vitamin B6 terlibat dalam penghasilan neurotransmiter (pengutus saraf) serotonin dan pengatur mood yang lain. Ini penting kerana apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat ditapis dan makanan bergula, anda kehilangan serotonon tambahan yang dihasilkan oleh makanan tidak sihat.

Kesannya akan membuatkan anda jadi tengin atau mengidam untuk makan roti atau biskut. Jika anda mendapat vitamin B6 yang secukupnya, tahap serotonin akan kekal sama. Untuk mendapatkan keperluan harian vitamin B6 sebanyak 1.3mg anda boleh mengambil kacang dal, kacang dan oat.

KALSIUM
Kajian baru mencadangkan dengan mengambil sejumlah kalsium yang diperlukan setiap hari mampu membantu anda mengurangkan berat atau mengekalkan berat sasaran. Penyelidik mendapati kalsium dapat membantu sel-sel memenuhi potensi maksimum.

Bagi memenuhi cadangan pengambilan seharian lebih kurang 1000 sehingga 1200mg kalsium, ambillah yogurt. Jika anda bukan peminat tenusu, anda boleh mendapatkan kalsium daripada tauhu, salmon dan kubis kerinting.

ZINK
Mineral Zink yang ditemuai dalam tisu tubuh boeh menjadi kawan baik metabolisma. Zink membantu penghasilan hormon tiroid yang mengatur metabolisma. Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 8 mg sehari zink dalam pemakanan.

Anda boleh mengambil tiram kerana ia rendah kalori namun pada masa yang sama memiliki banyak protein dan zink. Makanan lain yang boleh diambil ialah kacang dal atau kacang kuda.

MAGNASIUM
Zat makanan ini memberi kesan terhadap kebolehan untuk mengurangkan berat badan. Magnasium memastikan pencernaan berjalan lancar. Ia juga membolehkan anda membina otot. Ambil lebih kurang 320 sehingga 450mg magnasium sehari. Ambil dua hingga tiga cawan bayam yang telah dimasak untuk mencapai keperluan magnasium sehari.

Kebanyakan wanita mengalami rasa teringain makan coklat ketika mereka haid apabila tahap magnasium mereka rendah. Coklat gelap boleh menjadi sumber magnasium terbaik.

No comments: