cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

11 Oct 2015

ATASI MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan, mengawal lebihan cecair dari darah, untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah yang diperlukan tubuh dan mengekalkan jumlah fosforus serta kalsium  dalam darah agar tulang kekal sihat.

Buah pinggang berfungsi apabila sisa dan air yang berlebihan ditapis semasa darah melalui buha pinggang. Kegagalan buah pinggang akan mengundang masalah kesihatan.

Antara tanda buah pinggang gagal berfungsi seperti kekejangan otot, gatal-gatal yang teruk, merasa tidak sihat seperti mengantuk, keliru, loya, sesak nafas, perubahan dalam pengeluaran air kencing, kehilangan selera makan, rasa letih, pucat, bengkak di tangan, kaki dan kawasan sekitar mata.

Ia akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menapis darah dan mengeluarkan lebihan cecair dengan normal. Ia akan memberi kesan kepada tekanan darah, menyebabkan anemia serta penyakit tulang.

ATASI MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Daun Sup 

Ia diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik dan semulajadi. Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Perubahan akan dilihat melalui akumulasi garam dan racun lain yang keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil

Asparagus

Ia mengandungi banyak bahan terapeutik yang aktif di panggil asparagin. Jus asparagus membantu pemecahan kristal asid oksalik di dalam buah pinggang dan ke seluruh sistem otot. ia dapat melancarkan sistem pencernaan, melawaskan pembuangan air kecil dan meringankan sistem ginjal.

Selain itu, ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, vitamin C dan niasin. Asparagus juga mengandungi antioksida yang dapat menghalang serangan radikal bebas yang boleh membawa banyak penyakit.

Buah Ceri

Ia mengandungi vitamin dan randah protein yang dapat menguraikan kadar vitamin. Ceri kaya dengan antioksida kerana ia membantu mencegah dan memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sangat baik untuk meningkatkan kesihatan ginjal. Amalkan minum pati buah ceri untuk melancarkan sistem perkumuhan dan memudahkan pembuangan air serta secara normal.

Jagung

Kaya denganprotein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, vitamin B dan vitamin E. Rerambut atau bulu jagung amat sesuai untuk mengubati masalah buah pinggang, pundi kencing dan pembuangan air. Rendam bulu jagung di dalam air mendidih selama 20 minit. Tapis dan campurkan satu sudu madu sebelum diminum.

Parsli

Amalkan minum air rebusan parsli satu gelas sehari. Pesakit akan mendapati perbezaan ketara kerana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang melauli air kencing.

Individu yang sudah ada penyakit buah pinggang boleh amalkan makanan ini setiap hari. Individu yang tidak ada penyakit buah pinggang pun boleh mengamalkan makanan ini untuk membatu meringan kan buah pinggang menjalankan kerjanya dan menjadikan tubuh kekal sihat.

No comments: