cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Oct 2015

PENTINGNYA KOLAGEN TERHADAP TUBUH MANUSIA

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin rambut, kuku ), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati, tulang sum sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jangtung serta sistem limfalik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90 peratus adalah dari janis kolagen I,II,III dan IV

☆ Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang ( komponen utama tulang ) dan gigi.

☆ Kolagen II : Tulang rawan ( komponen utama tulang rawan ) ,mata

☆ Kolagen III : reticulate ( komponen utama retikuler serat ) . rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti jantung, tulang sum-sum, arteri, kulit, usus, rahim.

☆ Kolagen IV : membentuk asas kepada sel mambran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

☆ Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.

Fungsi kolagen

 kolagen berfungsi untuk menghasilkan asid amino seperti :

♥ lysin, prolin dan glysin ysng secara khusus
    diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur  
    tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.

♥ Hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan
     pada tisu penyokong dan tulang

♥ Glisin - melembapkan kulit

♥ Alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan
     stuktur, melembap, menegang dan menganjalkan
     kulit lantas mengekalkan kulit cantik serat
     menghalang penuaan.

♥ Arginin - memudahkan tidur nyenyak,
     menghasilkan pola tidur.

♥ Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna
     secara enzimatik.

♥ Melindungi tulang rawan pada sendi daripada
     enzim dan kerosakan oksidatif.

♥ Menegang, menganjalkan kulit.

♥ Menampung air dalam tubuh.

♥ Meningkatkan penyerapan kalaium.

♥ Menguatkan salur darah dan melancarkan
     pengaliran darah di bawah lapisan kulit.

♥ Meningkatkan isyarat induksi.

♥ Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.

KESAN KOLAGEN PADA BADAN

♡ memelihara ketegangan  dan keanjalan kulit
♡ memelihara kelembapan kulit
♡ menyokong baik pulih tisu daripada kecederaan    
     otot dan tulang
♡ menguatkan otot dan tulang
♡ mambantu hati dalam proses detoksifikasi (buang
     toksin)
♡ memelihara kelenturan sendi
♡ mengurangkan keradangan
♡ memberi tenaga
♡ membantu pola tidur
♡ memulihkan penyakit saraf dengan membina
     semula lapisan protein pada saraf










No comments: