cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

20 Oct 2015

GAYA HIDUP SIHAT MERANGSANG KEPADA KESUBURAN

Kesuburan adalah keupayaan sepasang suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Kesuburan bukan hanya bergantung kepada keupayaan wanita semata-mata malah turut dipengaruhi keupayaan lelaki atau suami. Menurut kajian, hampir 30% masalah kesuburan berpunca daripada lelaki.

Jika sudah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat namun masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk hamil bermakna salah seorang atau kedua-dua pasangan mempunyai masalah ketidakseburan.

Masalah ketidaksuburan adalah kerana:

GENETIK
☆ masalah ovulasi
☆ masalah pada rahim dan saluran peranakan
☆ masalah pada sperma
☆ ketidakseimbangan hormon
☆ obesiti

Masalah ketidaksuburan ini tidak boleh diuji dengan mata kasar. Jika terdapat pasangan yang mahu mengenalpasti tahap kesuburan, mereka akan diuji dengan beberapa pemeriksaan seperti:
★ pemeriksaan darah
★ pemeriksaan air mani suami
★ pemeriksaan salur peranakan
★ imbasan ultra bunyi untuk wanita

KEPENTINGAN USIA DALAM KESUBURAN

Usia memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kesuburan seseorang. Tahap kesuburan yang paling utama adalah pada usia 18 tahun hingga 30 tahun. Semakin berusia seorang wanita maka peluang untuk hamil semakin berkurangan atau telur rosak.

Kesuburan Wanita Sehingga Usia 35 Tahun
Sebaik-naiknya mula merancang untuk memiliki anak lebih awal. Selepas usia 35 tahun bilangan telur yang baik semakin berkurangan sehingga ke peringkat menopous dalam usia 50 tahun.

Kesuburan Lelaki
Kualiti sperma lelaki juga turut dipengaruhi oleh peningkatan usia. Walaupun terdapat kes lelaki berusia memiliki anak dengan isteri yang muda tetapi banyak pasangan yang begini.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat ialah amalan mengamalkan dan mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.

FIZIKAL
Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.

MENTAL
Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspekketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Bersukan Dan Bersenam
Pastikan bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit. Cuba elakkan sukan mengangkat berat atau bina badan kerana penggunaan hormon atau steroid boleh mengganggu kualiti sperma. Begitu juga bagi wanita yang mengalami penurunan berat badan yang mendadak boleh mempengaruhi tahap kesuburan.

Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan makanan yang dproses atau makanan segera. Jika boleh amalkan makanan yang berasaskan organik.

Stres 
Setiap orang yang hidup dalam dunia ini pasti akan mengalami stres. Apa yang perlu dilakukan adalah mengawal stres agar tidak membebankan diri. Stres yang tidak dikawal  kadang kala boleh mempengaruhi menstruasi dan mengganggu tidur yang berkualiti.

SARANAN DOKTOR

Jika mahu merancang untuk mendapatkan zuriat, pasangan perlu mencuba sebelum usia melebihi angka 35. Ubah gaya hidup jika mahu memulakan keluarga. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja memberi peluang untuk memiliki cahaya mata malah memberi kesihatan yang baik demi menyahut cabaran bergelar ibu dan bapa kelak!


No comments: