cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Jul 2014

Risau Susu Kurang Di Bulan Puasa

Ibu-ibu yang berpuasa pasti susah hati risau susu tak cukup dan penghasilan susu menjadi kurang.

Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan atau hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Pada asasnya, amalan berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. ini kerana ia bersandarkan kepada konsep penawaran permintaan merujuk kepada keupayaan ibu mengosongkan payudara secara efektif dan sekerap yang boleh.

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu manakala oksitosin pula merembesnya keluar.

Sepanjang menjalani ibadat puasa, ibu perlu kekal berfikiran positif,terus menanam azam bagi meneruskan penyusuan dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan. ibu-ibu tak perlu bimbang bahawa penghasilan susu akan terjejas.Kebimbangan terlampau boleh menyebabkan stres yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Ini menunjukkan punca pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa, sebaliknya akibat tekanan yang dialami menghalang refleks pengeluaran susu. Oleh itu, sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Biarpun berpuasa, pemerahan payudara perlu berlansung seperti biasa. Sebaik-baiknya mulakan rutin ini pada awal pagi iaitu selepas bersahur. ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. begitu juga selepas berbuka.

Menyusu membuatkan ibu berasa sangat dahaga. Jika anda dehidrasi, anda akan berasa tidak sihat. ini dapat dilihat apabila :
★ anda sangat dahaga
★ air kencing berwarna gelap dan berbau
★ hendak pitam, lemah atau lesu
★ sakit kepala atau mengalami kesakitan lain

Jika mengalami tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat.


No comments: