cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Jul 2014

Madu amalam pemakanan kesihatan dan kecantikan

Madu bukan sahaja mempunyai rasa enak malah makanan sunnah ini juga dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan. Lebih istimewa, madu juga mempunyai khasiat atau manfaat besar untuk kecantikan. Tidak hairan lah madu menjadi makanan wajib bagi wanita dalam menjaga kecantikan.


Memberi Tenaga & Menaikkan Seri Wajah
Amalkan mengambil madu satu sudu besar setiap pagi, seelok-eloknya ketika perut kosong sebaik sahaja bangun dari tidur. Jangan lupa mulakan dengan kalimah bismillah dan selawat 3 kali sambil berniat menjaga kesihatan dan kecantikan. Insyaallah dengan usaha dan izinnya, kita dapat memperoleh apa yang dihajati.

Melindungi dan melembabkan kulit
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, dapat membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat. Selain itu, anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten , kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembab.

Mengurangkan Tanda-tanda Penuaan
Khasiat yang terkandung dalam madu dikatakan dapt menentang radikal bebas. Ia membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, hasilnya anda akan nampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama rata. Masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Sapukan pada wajah setiap kali selepas mandi.

Meremajakan Kulit
Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi yang terdapat dalam madu seperti magnasium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda.

Membersih Secara Semula Jadi
Madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembap.

Mengatasi Jerawat
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin.

Mencerahkan
Berendam dalam air campuran madu , susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberikan anda  ketenangan. Air rendaman yang kaya khasiat membelai tubuh sambil merewat masalah kulit. Hasilnya kulit akan menjadi lebih cerah.

Atasi Rambut Gugur
Masalah keguguran rambut juga dapat diatasi dengan madu. Caranya , campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Gaul sebati dan kemudian sapukan pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 ke 15 minit kemudian bilas dengan bersih. Rambut akan menjadi sihat dan kukuh.

Suburkan Rambut
Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campuran madu dengan minyak zaitun kemudian sapukan pada rambut serta kepala. Balut kepala sengan tuala selama 30 minit kemudian syampu rambut seperti biasa.

Bibir Merah Semula Jadi
Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam. Dalam masa seminggu anda sudah nampak perubahan positif, bibir menjadi segar, lembap dan kemerehan.

No comments: