cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Jul 2014

Ketahui 8 perkara buat perut cepat lapar

Lapar adalah satu proses tubuh yang berlansung secara semulajadi lebih-lebih lagi apabila perut anda kosong dalam satu tempoh waktu lama. Selain perut yang tidak diisi, terapat juga beberapa faktor luar yang membangkitkan rasa untuk makan dalam satu jangka masa yang cepat. Situasi ini boleh menggagalkan diet anda.

Aroma Makanan
Aroma makanan berpotensi tinggi untuk membangkitkan raea lapar. Ini kerana apabila bau makanan lazat yang dihidu masuk ke dalam mulut, secara automatiknya enzim yang terhasil didalamnya akan merembeskan air liur skali gus keinginan untuk merasai makanan berkenaan.

Minuman Bergas
Mengambil minuman bergas sebelum makan juga boleh menyebabkan perut berasa lapar. Ini kerana bahan pemanis di dalamnya berupaya meningkatkan jumlah gula di dalam darah sekali gus mengaktifkan keinginan untuk makan.

Melihat Gambar Makanan
Gambar makanan boleh membangkitkan rasa lapar. Otak mempunyai keupayaan untuk membayangkan betapa sedap dan nikmatnya makanan yang dilihat. setelah itu, ia akan memerintahkan anggota tubuh untuk 'merasainya' melalui visual yang diberikan.

Makanan Tin
adakah anda tahu bahawa makanan dalam tin memiliki zat tambahan tertantu yang mampu membangkitkan rasa lapar. bukan setakat itu sahaj, makanan yang dawetkan pun mempunyai kesan yang sama.

Melewatkan Sarapan
jangan sesekali beranggapan bahawa waktu sarapan maka anda boleh kelihatan kurus dengan cepat. Hakikatnya, jika anda menangguhkan sarapan maka anda akan menjadi lebih sensitif terhadap godaan makanan sekaligus membuatkan anda mengambil makanan lebih banyak pada waktu siang.

Kurang Minum Air
Sekiranya anda Kurang mengambil air maka perut mudah berasa kejang. malah sakit yang dirasai lebih kurang sama dengan rasa lapar. Oleh kerana itu, selalulah minum air yang cukup bagi mencegah rasa lapar yang menyerang secara tiba-tiba.

Tekanan
Apabila berada dalam situasi yang tertekan dan mencemaskan, pastinya keinginan lebih kuat untuk makan dengan banyak. Ini kerana, proses yang berlaku merupakan mekanisme pertahanan pada tubuh. Ditambah pula dengan hormon stres yang menjadikan metabolisma semakin lambat bertindak seterusnya menaikkan risiko untuk anda terdedah kepada kenaikan berat badan.

No comments: