cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 Jul 2014

Ramadan Peluang Turunkan Berat Badan

Tubuh manusia mampu melakukan pengawalan aturan ketika berpuasa. Itulah perlunya amalan diet yang seimbang di bulan Ramadan. Ramadan merupakan bulan yang mengembirakan kerana selain berpeluang melipatgandakan pahala, ia juga membantu untuk menurunkan berat badan.

Oleh kerana tempoh berpuasa adalah sebulan, maka disarankan agar mengambil jenis makanan yang lambat hadam seperti barli atau gandum berbanding makanan yang cepat hadam seperti karbohidrat ringkat atau yang telah diproses.

Makanan yang lambat hadam mampu bertahan (kenyang) hingga lapan jam berbanding makanan yang cepat hadam iaitu tiga hingga empat jam sahaja.

Justeru pengambilan makanan yang paling sesuai di bulan ramadan ini adalah seperti:

♥ Buah kurma adalah sumber gula yang paling baik. Bukan setakat itu sahaja, di dalamnya turut mengandungi serat, karbohidrat, kalium dan magnasium yang tinggi.

♥ Minuman soya pastinya menjadi pilihan di bulan puasa. Khasiat yang terkandung di dalamnya tidak pernah berkurangan. Ia merupakan sumber protein yang paling penting, sekaligus menjadi makanan yang lambat terbakar.

♥ Karbohidrat kompleks di cadangkan pengambilannya pada waktu sahur. Ini bagi memastikan agar makanan bertahan dengan lebih lama seterusnya mengelakkan diri dari berssa lapar.

♥ Buah pisang bagus diambil pada bila masa sahaja. Selain mengandungi sumber kalium dan magnasium, ia juga mmenyimpan sumber karbohidrat yang baik.

Selain makanan, minuman juga perlu diberi perhatian. Air minuman perlu diambil secukupnya ketika bersahur mahupun berbuka. Tanpa disedari, bekalan air yang tersimpan di dalam badan mampu membekalkan tenaga dan menjadikan tubuh lebih aktif dan cergas sepanjang hari.


No comments: