cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

22 Jul 2014

Apa Yang Terjadi Pada Tubuh Semasa Kita Berpuasa?

Jantung dan Darah - darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolestrol yang tersumbat pada dinding saluran darah.

Paru-paru - Paru-paru akan menyecap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.

Perut dan Usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkirkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem pencernaan badan kembali efisien.

Hati - Hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa ( daripada makanan ).

Ginjal - Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.

Dengan berpuasa ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.

No comments: