cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

17 Jul 2014

Jana Minda Dengan Minyak Ikan


Ikan sejak dahulu lagi dikatakan antara makanan terbaik otak. Banyak kajian dilakukan dan hari ini berjaya membuktikan bahawa khasiat dan kebaikan untuk meningkatkan kuasa otak. Bukan sahaja ketika kanak-kanak tetapi berterusan sehingga dewasa.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan jurnal kesihatan American Academy of Neurology secara online pada Januari 2014, mendapati mereka yang mengambil asid lemak omega-3 yang tinggi daripada ikan juga memiliki volum otak yang lebih besar ketika sudah tua sama seperti otak sihat berusia satu hingga 2 tahun.

Peningkatan usia menjadi punca kepada perubahan saiz otak, vaskular (pembuluh darah) dan kognisi. Ia juga membawa kepada pengecutan otak yang menyumbang kepada serangan strok, white matter lesions, demensia, melemahkan ingatan dan penyakit Alzheimer.

Kajian yang dilakukan ke atas kira-kira 1000 wanita selepas monopous dengan memerhatikan tahap dua asid lemak omega-3 yang terkandung di dalam ikan iaitu Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid ( DHA ) mendapati, mereka yang mempunyai kadar asid lemak omega-3 yang tertinggi mempunyai oatak yang lebih sihat berbanding dengan umur mereka berbeza dengan mereka yang kadar asid lemak omega-3 yang rendah.

Ini bermakna mereka yang mengambil omega-3 yang tinggi mampu mengekalkan fungsi otak lebih setahun atau dua tahun.

Penyelidikan juga mendapati bahawa wanita yang memiliki tahap EPA dan DHA yang tinggi dalam sel darah juga berkemungkinan mempunyai otak dan hippokampus yang lebih besar, yang memainkan peranan penting untuk ingatan. Hasil kajian juga mendapati bahawa asid lemak omega-3 yang tinggi akan membantu melewatkan penuaan dan dementia.

Selain itu, diet yang kurang pengambilan asid lemak omega-3 akan membantu mempercepatkan penuaan dan kehilangan memori dan kemampuan berfikir. Berikutan itu, untuk memastikan otak sihat sepanjang tahun, kita perlu mengekalkan EPA dan DHA yang cukup dalam tubuh. Ini bermakna anda harus mengambil minyak ikan setiap hari.

Pilihlah minyak ikan yang segar dan mempunyai EPA dan DHA. Shaklee Omega Guard membekalkan 99.9% omega-3 yang dilengkapi dengan EPA dan DHA. Mudah diambil dan ditelan.

No comments: