cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 May 2013

Perbezaan Sustained Release Vita-C 500mg Dan Chewable Vita-C 100mg



Shaklee menyediakan 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C 500mg dan juga Chewable Vita-C 100mg. Kedua-dua jenis vitamin ni tak kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi ramai orang salah faham! Kebanyakan orang sangkakan Sustained Release Vita-C 500mg tu untuk orang dewasa dan Chewable Vita-C 100mg tu untuk kanak-kanak. Tapi sebenarnya salah! Okay jom saya terangkan sikit macam mana setiap jenis Vitamin C ni bekerja.

Cara Tindakan Setiap Vitamin C Dan Kelebihannya

Cara Tindakan Chewable Vita-C 100mg
Chewable Vita-C 100mg

Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah. Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Chewable' kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!


Kelebihan Chewable Vita-C 100mg

>Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
>Lebih mudah dikunyah.
>Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
>Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah   

   bersesuaian  untuk kanak-kanak.
>Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah
   dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
>Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalaman seperti
   gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai  
   masalah menelan tablet.
>Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancong dan sebagainya.
   Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk
  dimakan.
>Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka
  yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan
  Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Cara Tindakan Sustained Release Vita-C 500mg
 
Sustained Release Vita-C 500mg

Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Sustained Release' kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi 'Sustained Release', Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?


Kelebihan Sustained Release Vita-C 500mg

>Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
>Tidak perlu ambil berulang kali.
>Dengan formulasi 'Sustained Release' ataupun 'Pelepasan Masa'.

Jadi, Vitamin C jenis yang mana satu sesuai untuk anda? Pada pendapat saya, kalau tiada apa-apa masalah kesihatan boleh je pilih mana-mana satu pun! Lagi senang kan? Boleh tukar-tukar. Kalau dah bosan nak telan-telan, boleh ambil yang bentuk kunyah ataupun sebaliknya! Jadi, jangan takut kalau Sustained Release Vita-C 500mg tu tiada stok, boleh je ambil Chewable Vita-C 100mg tu. Apa yang penting... anda tetap dapat khasiat Vitamin C untuk kebaikan kesihatan! :)

 
Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
 
 

 
 
 
 
 

 
 

No comments: