cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

26 May 2013

MENGAPA KULIT TIDAK LAGI TEGANG?

Alangkah bagus andai dapat mengekalkan kulit tegang sampai bila-bila. Secara semulajadinya kulit tidak akan menegang seperti mana usia masih muda. Perubahan fizikal termasuk wajah berlaku mengikut individu. Ada yang masih tegang kulitnya meskipun sudah meniti usia 50 tahun tetapi ada juga sebaliknya. Semua ini berlaku berdasarkan gaya hidup yang diamalkan dan juga faktor keturunan.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kerosakan sel-sel kulit membuatkan kulit tidak lagi menegang apabila mula memasuki pertengahan umur. Punca kulit tidak lagi tegang atau mengalami penuaan banyak dikaitkan dengan faktor luaran.
TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI
Terdedah kepada cahaya matahari seara keterlaluan. Kerosakn kulit yang dibiarkan selama bertahun-tahun akhirnya akan mengakibatkan penuaan pramatang kulit. Cahaya ultralembayung ( UV) bertindak mengurai kolagen dan elastin dalam kulit serta membantutkan penghasilannya.
PERSEKITARAN DAN KEKOTORAN
Cuaca yang tidak menentu, asap dan pencemaran turut menjadi penyumbang utama terhadap masalah kulit mengendur. Radikal-radikal bebas yang wujud dalam persekitaran tercemar boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel kulit.
TARIKAN GRAVITI
Kita mungkin tidak begitu arif akan perihal graviti. Tarikan graviti mempunyai peranan dalam perubahan bentuk tubuh termasuk ketegangan kulit apabila usia meningkat. Secara amnya, tubuh mula hilang keanjalan sekaligus mengakibatkan kulit mengeleber.
TABIAT MEROKOK
Banyak impak negatif daripada merokok. Antaranya ketegangan kulit akan hilang lebih cepat berbanding keadaan normal. Perubahan biokimia tubuh akan tercetus jika tabiat ini diteruskan. 10 batang rokok setiap hari selama 10 tahun cenderung menjadikan kulit berkedut dengan teruk.
CARA UNTUK MENGATASI
Setiap permasalah berkaitan mesti ada jalan penyelesaiannya. Terdapat banyak pusat-pusat rawatan kecantikan, produk-produk kecantikan ada dipasaran. Kebanyakan memerlukan kos yang tinggi untuk dapatkan hasil yang maksimum.
Tetapi ada cara lain yang mudah untuk kita praktikkan dengan perbelanjaan yang tidak begitu besar tetapi jika sering diamalkan akan dapat lihat hasilnya iaitu dengan cara pengambilan makanan.
BANYAKKAN MAKAN OMEGA-3
Asid lemak – omega- 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormone wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
Dibandingkan dengan sumber semulajadi dari tumbuhan, omega-3 yang berasal dari haiwan tetap yang terbaik. Ini kerana, minyak ikan memiliki dua jenis asid esensial iaitu eicossapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Sementara  sumber tumbuhan hanya mengandungi asid lemak alphalinolenic acid (ALA). Kajian membuktikan manfaat EPA dan DHA jauh lebih besar berbanding ALA.
Sebaiknya, pilih ikan yang berukuran kecil seperti sardin kerana ia mengandungi toksin yang sedikit. Semakin besar ukuran ikan, semakin besar juga kemungkinan ia tercemar dan pastikan berkualiti tinggi.
LOBAK MERAH
Vitamin yang terkandung dalam lobak merah adalah seperti  vitamin A, C, E, K, dan lebih-lebih lagi ia kaya dengan asid nikotinik dan Pantothenic, mineral seperti fosforus dan magnesium, kobalt, besi, tembaga dan kalium , dan sebagainya. Sejumlah besar vitamin A dalam lobak merah agak cepat dan mudah diserap dalam badan. 
VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan untuk fungsi yang tepat dari banyak organ dalam tubuh. Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel – sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Pengambilan vitamin E secara konsisten dapat membantutkan penuaan sel, dan  dalam jangka panjang menjadikan anda tampak lebih muda.
Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.

BUAH ANGGUR
Resveratrol yang terdapat di kulit anggur merah mempunyai sebatian yang dipanggil polyphenols. Sebatian ini  mempunyai ciri-ciri antioksida yang kuat untuk  melindungi tubuh terhadap jenis kerosakan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi keadaan seperti kanser dan penyakit jantung. Resveratrol membantu mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan LDL kolesterol "jahat".
Biji anggur juga  mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul dan melambatkan penuaan.
Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen, membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
AIR
Air adalah penting untuk kesihatan yang baik, namun perlu berbeza-beza mengikut individu. Air adalah komponen kimia utama badan  kita dan  kira-kira 60 peratus daripada berat badan . Setiap sistem dalam badan bergantung pada air. Sebagai contoh, air membawa  toksin keluar daripada organ-organ penting, membawa nutrien ke sel-sel dan menyediakan persekitaran yang lembap untuk tisu-tisu, telinga, hidung dan tekak.
Kekurangan air boleh membawa kepada dehidrasi, keadaan yang berlaku apabila anda tidak mempunyai cukup air dalam badan anda untuk menjalankan fungsi-fungsi biasa.
Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus anda. Bagi badan untuk berfungsi dengan betul, anda perlu mengisi dengan bekalan air dengan mengambil minuman dan makanan yang mengandungi air. Pengambilan air yang secukupnya perlu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

No comments: