cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

29 May 2013

CANTIK MELALUI IBADAT

Dunia kecantikan terlalu luas. Bermacam cara dan pelbagai produk di pasaran. Semuanya untuk kecantikan. Selain daripada pemakanan, bahan solekan dan produk kecantikan, ada lagi satu cara untuk kelihatan cantik. Cantik melalui ibadat.
Pertama, Kecantikan bermula dari dalam diri. Justeru, elemen pemakanan dalam islam amat dititik beratkan terutama pengambilan banyak buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.
Kedua, amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma itu sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang dapat mengelakkan diri daripada terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya.kajian sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakanagen keremajaan kerana  individu yang mengamalkan pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit wajah lebih tegang dan muda.
Ketiga, islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat, selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan terserlah daripada luaran.
Keempat, kesan solat lima waktu amat enakjubkan. Air sembahyang yang diambil menerusi bacaan Bismillah serta turutan merata ke anggota badan, dapat mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberikan kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada individu. Orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan berseri.
Kelima, individu yang kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca alquran turut membantu kekuatan dalaman. Justeru kehebatan itu, terserlah pada muka dan tingkah lakunya.

No comments: