cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

26 May 2013

6 TIP KULIT CANTIK DAN SIHAT

Setiap wanita pasti tidak terlepas daripada memikirkan tentang kecantikan. Bermacam-macam  cara boleh dilakukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Jom ikuti tip mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan adalah bermula dengan makanan. Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak perlu dikurangkan. Makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat juga sebolehnya perlu dielakkan. Kita perlu tahu dan mengnalpasti jenis makanan yang perlu dan yang tidak perlu untuk tubuh. Hal ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mengandungi vitamin yang diperlukan oleh sel-sel badan, menjadikan kulit lebih sihat.
BERSENAM DAN MINUM AIR PUTIH
Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari dan melakukan senaman secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau penghawa dingin. Biarkan tubuh mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mengemop lantai sebagai rutin senaman dirumah.selain sihat rumah pun kemas.. jangan lupa banyakkan minum air putih kerana tubuh memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.
CUCI MUKA SEBELUM TIDUR
Biasakan diri anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembabkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula tidur dengan pupur wajah masih di muka.
TIDUR YANG CUKUP
Tidur lapan jam sehari amat penting. Ia bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda mungkin akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh menjadi lesu tidak bermaya. Selain itu, anda mungkin dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata.
LINDUNGI KULIT DARI MATAHARI
Pentingnya untuk kita melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ia adalah untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim perlindungan UV sebelum keluar dari rumah setiap hari.
BERHENTI MEROKOK
Saya percaya kebanyakan wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan tidak merokok. Kalau tidak morokok macam mana nak berhenti morokok kan? Dengan cara lain adalah elakkan berada disekeliling perokok. Hal ini kerana asap rokok merupakan salah satu punca radikal bebas yang menyebabkan kulit nampak kusam dan tidak sihat.

Mudahkan untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Rutin harian dan penjagaan diri yang betul dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan dan kecantikan. Apa yang penting adalah disiplin dan sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.

1 comment:

zainul said...

bab nk cuci muka tu mmg sungguh melemahkan kebanyakan lelaki kot. ahaha, wudu je la cukup...