Sepanjang hamil, zat dan nutrien yang diperlukan bertambah
kerana kini pengambilannya bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk
perkembangan si kecil dalam kandungan.
Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada
bakal-bakal ibu. Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi
memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum.
Suplemen yang bersesuaian dia awal kandungan adalah asid
folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. Asid
folik turut di sarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila
merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin dan mineral adalah salah
satu suplemen yang penting.
Kenapa perlu banyak
vitamin?
Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika
hamil. Namun, pengambilan vitamin atau vitamin pranatal ini sama penting untuk
menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti
asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya
siambil oleh bakal ibu.
Mengambil vitamin dan makanan tambahan yang sesuai akan
menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Multivitamin atau suplemen
dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang
diambil oleh anda dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Proses kehamilan akan melalui perubahan fizikal dan hormon
yang kadang kala menyebabkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi.
Jadi, pengambilan multivitamin atau suplemen adalah hanya sebagai pelengkap
kepada diet seimbang yang sangat penting ketika hamil.
Kandungan air dalam badan yang cukup adalah sangat penting
sewaktu hamil. Deuratik akan menyebabkan vitamin dan nutrisi yang diserap
dibuang melalui pembuangan air kecil. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil air
yang mencukupi di samping buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan
serat bagi mengelakkan masalah sembelit.
Waktu pengambilan
yang sesuai
Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum,
pengambilan vitamin dan suplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu. Kebanyakan
vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi. Hal ini akan
membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya daripada
fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga
sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan
menyerap dengan lebih berkesan ketika perut kosong.
Pengambilan vitamin dan suplemen adalah penting ketika hamil
untuk memastikan kesihatan anda dan kandungan berada pada tahap optimum. Walaubagaimanapun,
pengambilan makanan seimbang dan air yang mencukupi adalah kunci utama kepada
kesihatan ketika hamil.
No comments:
Post a Comment