Kebanyakan ibu-ibu yang baru bersalin mengeluh kerana mereka
tidak mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ada yang berkata sudah
mengurut, sudah amalkan petua untuk banyakkan susu, makan makanan yang
berkhasiat namun hasil tetap sama susu tidak cukup untuk diberikan kepada si
manja.
Susu awal atau turut dikenali sebagai kolostrum yang keluar
itu adalah susu! Ia merupakan susu yang sangat berkhasiat dan penting demin
membina antibody si manja.
Untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan ialah
kerapkan sesi penyususan bayi. Ia penting untuk meransang tubuh menghasilkan
susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak atau tidak susu ibu banyak
dipengaruhi oleh keperluan bayi. Apabila kerap mengosongkan payudara sama ada
dengan menyusukan ataupun mengepam, sebenarnya membantu didi menghasilkan lebih
banyak susu ibu.
Bagi mengatasi masalah susu ibu kurang, caranya sangat
mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah perlu terus menggalakkan bayi menyusu
dengan lebih kerap.
Bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang
disusukan, menghadkan masa penyusuan ataupun posisi penyusuan yang diamalkan
tidak betul.
TIPS EKSKLUSIF MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Perkara berikut perlu
dilakukan oleh ibu semenjak hamil agar Berjaya menyusukan bayi secara
esksklusif selama enam bulan dan meneruskannya sehingga bayi berusia dua tahun.
1.
Percaya diri bahawa anda dapat menyusukan bayi.
2.
Mencari maklumat bersama suami mengenai manfaat
susu ibu, teknik menyusu, teknik memerah susu badan, kaedah menyimpan susu ibu
dan sebagainya.
3.
Mencari kaunselor dan pendukung penyusuan susu
ibu, ikuti juga komuniti ataupun forum agar anda dapat berkongsi pengalaman
dengan para ibu.
4.
Melahirkan bayi anda di hospital yang
menggalakkan penyusuan susu ibu
5.
Segera menyusukan bayi setelah bayi dilahirkan.
6.
Minta agar bayi diletakkan di dalam sebuah
ruangan bersama ibu setelah dilahirkan.
7.
Tidak member cecair lain selain dari susu ibu.
8.
Lakukan perahan setelah dua minggu melahirkan
bayi untuk dijadikan stok semasa anda keluar bekerja kelak.
No comments:
Post a Comment