cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Dec 2013

CARA MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Keguguran rambut merupakan satu masalah yang serius dan boleh menyebabkan individu berasa kurang yakin dengan penampilan diri.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat dan mengatasi masalah keguguran rambut.

ü  Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Antaranya telur, daging ayam, makanan gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan segar, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.

ü  Jangan lakukan rawatan rambut seperti mengerinting, mewarnakan, melurus sehingga rambut kembali normal.

ü  Memotong rambut yang panjang. Ia mengelak rambut banyak yang gugur dan memudahkan juga dalam menguruskan si kecil.

ü  Pemakaian syampu yang di perkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau bahan yang berasaskan organik.

ü  Gunakan sikat rambut yang kurang memberikan tekanan kepada rambut dan kulit kepala iaitu jenis yang lembut.

ü  Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

ü  Mengambil makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.

ü  Boleh memotong rambut menjadi pendek dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan mudah diuruskan.

ü  Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kuranfkan tekanan.

Antara vitamin yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan rambut adalah

Ø  ESP – untuk membina sel rambut. Rambut dibina dar protein.

Ø  B Complex – mengurangkan tekanan.

Ø  Zink Complex – mengukuhkan folikel rambut.

Ø  Vitamin E – meningkatkan penyerapan dan peredaran oksigen.

Ø  Vita C Plus – membantu mempertingkatkan peredaran di kulit kepala.

Ø  GLA Complex – Wanita – membantu mengimbangi hormon.



No comments: