Secara asasnya tubuh memang memerlukan lemak. Tidak semua lemak
itu bersifat jahat dan menyingkirkan kesemua lemak dalam diet bukan suatu
tindakan yang bijak. Proses biologi dalam tubuh masih memerlukan sejumlah lemak
bagi memastikan ia berjalan lancar.
Lemak boleh dibahagikan kepada dua iaitu lemak tepu , lemak tidak tepu
dan juga lemak trans. Lemak tak tepu, iaitu lemak yang baik membantu
mengelakkan serangan diabetes, melawan
tekanan perasaan, mampu melawan kanser, sakit sendi dan masalah jantung. Malah lemak
juga berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal keradangan dan
pembekuan darah.
Lemak tidak tepu dibahagikan kepada lemak lemak poli mono tidak
tepu dan lemak poli tidak tepu. Lemak mono tidak tepu berperanan menurunkan
kadar kolestrol buruk (LDL) dan
meningkat kolestrol baik (HDL) selain membantu meningkatkan kesihatan jantung. Lemak
poli tidak tepu pula penting bagi mengawal paras gula kolestrol secara keseluruhan.
Sumber lemak jenis pol tidak tepu
terdiri daripada biji-bijian, kekacang, minyak bunga matahari, jagung,
soya, bijan, biji benih flaks dan kacang.
Manakala sumber lemak mono tidak tepu pula ialah biji-bijian dan
kekacang seperti kacang tanah, sayur-sayuran berdaun hijau gelap dan bran
beras.
Individu yang mengambil lemak tidak tepu mampu hidup lebih lama
dan sihat. Tubuh tidak boleh membina beberapa jenis asid lemak yang diperlukan
untuk kesihatan. Itulah sebabnya, diet harian haruslah termasuk asid lemak yang
punca utama nya adalah daripada ikan dan minyak sayuran.
Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, makeral membekalkan
asid lemak perli Omega-3 yang penting untuk memerangi LDL (buruk) kolestrol,
melawan keradangan dan melindungi sistem otak dan saraf.
Lemak yang paling berbahaya dan mengancam nyawa dipanggil lemak
trans. Walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit, namun jika diambil secara
berterusan ia tetap memberikan kesan yang buruk. Ia bukan sahaja meningkatkan
kolestrol jahat (LDL) namun turut mengurangkan kolestrol baik (HDL).
Pengambilan lemak trans berlebihan boleh menyebabkan arteri
tersumbat, meningkatkan risiko penyakit jantung, strok selain dikatakan menjadi
penyebab kanser dan diabetes. Hampir semua makanan berproses menggunakan asid
lemak trans seperti mee segera. Biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donat,
kentang goreng, salad dressing dan makanan ringan.
Salah satu lemak yang sangat baik diamalkan dalam diet seharian
adalah Omega Guard Shaklee yang
membekalkan 99.9% asid lemak Omega-3 yang mengandungi DHA dan EPA yang baik
untuk kesihatan otak dan jantung.
No comments:
Post a Comment