Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dihadapi oleh
ibu selepas bersalin. Rambut gugr menjadi lumrah masalah ibu selepas bersalin
dan ianya adalah normal. Kebiasaannya keguguran rambut berlaku dalam dua hingga
tiga bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi yang mula menyembur air
liur.
Hakikatnya rambut mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’
iaitu apabila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk member laluan
kepada pertumbuhan rambut baru. Lazimnya masalah keguguran rambut tidak
dihidapi semasa hamil kerana rembesan hormone dari uri yang menghalang
keguguran rambut ketika itu.
Faktor keguguran rambut lepas
bersalin.
Perubahan hormone
Hormone progesterone dan estrogen pada wanita hamil sangat
tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit sahaja rambut yang
berada dalam fasa ‘rehat’ dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari dan rambut
kelihatan lebih berkilat. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin
banyak folikel rambut masuk fasa berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan
gugur ketika mandi atau disikat.
Tekanan
Kesibukan yang dihadapi oleh ibu yang menguruskan bayi baru
lahir memberikan tekanan kepada dirinya. Malah keadaan lebih meletihkan apabila
ibu juga perlu bekerja. Akibatnya menghadkan masa untuk ibu menjaga kesihatan
dan kebersihan rambutnya.
Kerap hamil dan
bersalin.
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung beberapa kali
berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang
sedikit. Ia berlaku kerana tidak menjaga kebersihan rambut yang akan
menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.
Pemakanan
Sikap tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh
menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.
No comments:
Post a Comment