cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

17 Dec 2013

Dehidrasi – Pantau Kehilangan Air


Dehidrasi bermaksud kekurangan cecair di dalam badan yang berpunca daripada kurangnya air atau kehilangan air berlebihan.

Risiko dehidrasi lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak kecil dan bayi kerana luas permukaan badan yang lebih besar. Kandungan air dalam badan mereka juga kurang berbanding dengan orang dewasa. Kehilangan air dan garam galian melalui peluh, air kencing dan kumuhan.

Kadar kehilangan air seimbang dengan kadar pengambilan air. Tetapi keadaan seperti cirit-birit dan muntah mengakibatkan ketidakseimbangan, menyebabkan kehilangan air dan garam galian dalam masa singkat.

Keadaan menjadi lebih teruk jika mereka muntah. Manakala berpeluh dengan berlebihan apabila terdedah kepada suhu yang tinggi juga boleh menyebabkan dehidrasi.

GEJALA

Dehidrasi boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Kanak-kanak yang mengalami dehidrasi ringan mungkin menunjukkan tanda yang amat ketara. Namun keadaan boleh menjadi teruk dalam masa yang amat singkat.

Ringan

§  Lidah dan mulut yang masih lembap

§  Dahaga. Kanak-kanak besar berupaya menyatakan dahaga. Kanak-kanak kecil akan meminta air lebih erap.

§  Warna dan kuantiti air kencing yang biasa.

Sederhana

§  Lidah dan mulut kering

§  Dahaga

§  Air kencing berkurangan dan berwarna pekat

§  Mata cengkung. Untuk bayi, ubun juga berlekuk

§  Kehilangan ketegangan kulit. Kulit dicubit dan dilepaskan tidak kembali tegang.

§  Tekanan darah mungkin normal atau rendah

Teruk

§  Lidah dan mulut amat kering

§  Lesu dan mungkin separa sedar

§  Kulit berasa sejuk apabila disentuh. Berlaku kekejangan otot

§  Air kencing sangat sedikit atau tiada air kencing

§  Tiada air mata apabila menangis

§  Kehilangan ketegangan kulit yang sangat ketara

§  Kadar degupan jangtung yang sangat laju

§  Tekanan darah yang sangat rendah

§  Nadi yang lemah

Rawatan

Dehidrasi dirawat dengan member cecair serta garam secukupnya melalui mulut atau secara intravena. Cecair seperti air kosong dan jus perlu kerap diberikan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan.

Bubur nasi didapati berkesan untuk mengurangkan cirit-birit. Pisang, sumber kalium adalah penting. Kekurangan kalium yang hilang ketika muntah dan cirit –birit menyebabkan kelemahan otot dan degupan jantung yang tidak sekata jika tidak ketara.

Anda boleh teruskan memberikan susu seperti biasa. Sekiranya cirit-birit disebabkan masalah intoleransi laktosa, doctor mungkin menasihati supaa menukar kepada susu tanpa laktosa untuk sementara waktu.

Jika simanja sakit dan enggan makan @ minum, berikan serpihan ais untuk dihisap. Ini lebih menyeronokkan dan membekal sumber cecair untuk merawat dehidrasi. Elak daripada minuman berkafein atau bergula tinggi. Kafein atau diuratik menyebabkan kencing berlebihan dan meningkatkan kehilangan air. Gula pula meningkatkan kekerapan membuang air besar.

Sentiasa pastikan anak anda minum banyak air setiap hari dan lebih air apabila anda melihat tanda awal penyakit seperti muntah dan cirit-birit. Jangan tunggu hingga anda melihat tanda dehidrasi. Jika terdapat tanda atau gejala yang membimbangkan atau jika si manja tidak pulih selepas tiga hingga empat hari, segera bawa anak berjumpa doctor.

 

No comments: