Kalsium adalah penting untuk
pengecutan otot, pengaktifan oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat,
pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan
keseimbangan bendalir dalam sel.
Kalsium merupakan bahan galian
penting dalam diet yangs sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap
pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh
mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan
untuk menyerap kalsium.
·
Kalsium karbonat adalah bahan
tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar
untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan
magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium
karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg
kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
·
Kalsium sitrat lebih mudah
diserap , lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan
sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai
risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal.
Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg
kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus
diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
·
Kalsium fosfat adalah
lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat.
Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan
sendawa berbanding kedua-dua di atas.
·
Kalsium laktat dan kalsium
aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium
karbonat.
Pemakanan
Keluaran tenusu dan kalsium
Susu, yogurt, keju dan lain
keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan
vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan
tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak
dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.
Tulang dan gigi yang sihat
Kalsium adalah penting bagi
pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium
haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa
peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan
semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh
mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin
merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh
dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran
tenusu setiap hari.
Sesetengah keluaran tenusu,
seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak
banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab
itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira.
Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim,
seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.
Untuk orang yang mempunyai
intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya
biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.
Cara mudah untuk dapatkan kalsium adalah dengan mengambil 2 - 4 biji Ostematrix Shaklee untuk keperluan kalsium setiap hari. Ostematrix Shaklee telang dilengkapi dengan kalsium, maganasium dan Vitamin D yang seimbang untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.