cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

21 Jun 2013

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA KEHAMILAN


Ramai yang tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum hamil. Sedngkan ia sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandungi.

Kebanyakan wanita tahu kewujudan suplemen asid folik hanya setelah disahkan hamil. Padahal suplemen berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara tiga hingga enam bulan sebelum hamil.

Asid folik atau folat juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.

Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung tidak terbentuk (anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik sangat membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain daripada itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati @ kelahiran pra matang, serta kekurangan darah(anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction), dan kecacatan pada sistem pembuangan pada air kencing.

Kajian juga menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting utuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga.

anecephaly / encephalocele – adalah nama yang diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan.

spina bifida -  adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itu, suplmen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur , wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid  folik setiap hari sekurang2nya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 mingguu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Jadi ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan suplemen asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang hamil sangat penting kerana ia membolehkan tubuh anda telah bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

No comments: