cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Jun 2013

ADAKAH ANDA MAKAN SEMUA WARNA?



Tidak ramai diantara kita yang mengambil tahu tentang khasiat sayur-sayuran, ada sesetengahnya pula mementingkan rasa. Kalau sedap barulah makan. Kalau tidak, jangankan rasa, beli pun tidak. Disebabkan faktor inilah, kanak-kanak zaman sekarang kurang makan sayur jika dibandingkan anak-anak kecil zaman dahulu.

 
Adalah bagus jika kita dapat mengambil kesemua jenis warna sayuran kerana ia memekalkan nutrisi yang berbeza-beza. Ini kerana setiap warna mengandungi fitonutrien atau nutrien tumbuh-tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel dan mempunyai manfaat kesihatan tersendiri.


Makan sayur-sayuran pelbagai jenis dan warna setiap hari adalah penting. Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat menyarankan diet yang mengandungi 9-13 sajian sayur-sayuran yang berwarna-warni dalam sehari supaya tubuh kita mendapat nutrisi yang seimbang.

 
APAKAH ITU FITONUTRIEN?

Fitonutrien adalah nutrisi tumbuhan yang membantu dalam pelbagai fungsi tubuh. Fitonutrien bertindak sebagai antioksidan, membantu mengawal atur metabolisma, aktiviti enzim dan mungkin membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kronik.

Lebih 200 jenis daripada 25000 bahan tumbuhan yang ada telah dikenal pasti berguna dalam mencegah penyakit. Itulah sebabnya fitonutrien semakin dikenali sebagai vitamin untuk abad ke -21.

 
WARNA MERAH

Mengandungi likopen iaitu sejenis zat yang berperanan memelihara kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko barah/ kanser. Selain itu, sayuran merah juga mengandungi asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan asid deoksiribonukleik ( DNA ) di dalam sel. Tomato turut mengandungi vitamin C bertindak sebagai antioksidan sekaligus meminimumkan risiko kanser panreas dan radang usus. Pengambilan tomato turut dapat mencegah penyakit jantung dan mengawal tekanan darah.

Contoh : tomato, bayam merah, cili

 
OREN / JINGGA TERANG

Kaya dengan alfa karotein, beta kerotiena, beta kriptozantin dan hesperidin yang penting untuk kesihatan mata, serta bertindak sebagai anti kanser dan antioksida. Misalnya, seperti pengambilan lobak merah pada setiap hari selain memperbaiki daya penglihatan, ia juga untuk kesihatan jantung. Selain itu, ia turut bertindak untuk mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Contoh : lobak merah,keledek


WARNA KUNING

Mengandungi vitamin C untuk melindungi sel tubuh. Ia juga mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan) yang berfungsi mengurangi keradangan. Pengambilan sayur berwarna kuning terang ini turut melancarkan pencernaan serta membantu memelihara daya tahan tubuh.

Contoh : labu, lada benggala kuning.

 
WARNA BIRU & UNGU

Mengandungi kuersetin, rasveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunya ciri antioksidan yang kuat,berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan dengan menurunkan kadar kolestrol dan asid hempedu di dalam usus.

Sayuran berwarna ungu seperti terung dan kubis ungu sangat baik diamalkan pengambilannya pada setiap hari. Terung misalnya mengandungi pectin yang berfungsi untuk menurunkan kolestrol dalam jumlah yang cukup banyak. Zat lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin c, serat, flavonoid, asam elagik, dan kuersetin sangat baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh, merendahkan bacaan kolestrol LDL, meningkatkan penyerapan kalsium dan mengurangkan pertumbuhan tumor.

Contoh : terung, kubis ungu


WARNA PUTIH

Mengandungi alisin, kuersetin, insoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin bagi mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah serta meransang fungsi enzim dalam badan. Contoh sayur berwarna putih ialah lobak putih, cendawan, kubis bunga, bawang putih dan kentang. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko radang usus besar, kanser payudara, kanser prostat, serta dapat meningkatkan keseimbangan hormon.

Contoh : lobak putih, sengkuang, kentang


WARNA HIJAU

Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotien dan epigallocatechin gallate (EGCG) untuk kesihatan paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati serta meningkatkan penyerapan kalsium. Klorofil yang terdapat dalam sayuran hijau, bertindak sebagai antikanser. Kandungan serat yang erdapat di dalam sayuran hijau dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol LDL. Sayuran hijau turut mengandungi kalsium sesuai untuk pembentukan gigi serta tulang yang sihat dan kuat. Selain itu, banyak makan sayur hijau juga dapat mencegah osteoporosis dan memperbaiki penglihatan mata.

Contoh : brokoli, timun, kacang botol, sayur kangkung, sawi.

 

 

No comments: