cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Jun 2013

CARA SIHAT TAMBAHKAN BERAT BADAN

Anda kurus? Dah cuba macam macam tapi badan tetap tak naik? Masalah berat badan bukan sahaja tertumpu pada berat badan berlebihan, tetapi  berat badan berkurangan juga dikategorikan sebagai masalah berat badan.
perlu diketahui, tubuh yang terlalu kurus juga berbahaya kerana kurang zat dan nutrisi. Jika berat badan yang kurang daripada ukuran ideal, sebaliknya ambil langkah segera untuk menambah berat badan. Namun tidak bermakna anda boleh makan apa sahaja bagi menambah berat badan. Ada cara sihat untuk menambah berat badandi samping mendapatkan  kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh secukupnya. Jom ikuti tip menambah berat badan secara sihat .
AMBIL KARBOHIDRAT
Tbuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika ingin menaikkan berat badan, anda perlu mengambil karbohidrat mencukupi. Sumber karbohidrat yang baik berasal dari buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum penuh.
Karbohidrat sihat juga boleh didapati daripada beras merah, roti, dan bijirin dari gandum penuh. Gandum penuh merupakan sumber serat dan nutrisi. Makanlah ketika sarapan atau di antara waktu makan utama. Sebaiknya pilih yang bebas gula, atau hanya mengandungi sedikit gula.
PROTEIN
Tubuh kita memerlukan protein untuk pembentukan otot, struktur organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi tubuh. Pilih dengan cermat sumber protein. Contohnya anda boleh dapatkan dari aging ikan, ayam dan kekacang. Selain itu , daging merah juga boleh dimakan tetapi ambillah hanya dua kali seminggu. Pilih daging segar dan hindari daging olahan tau seperti sosej, bolognese, pepperoni atau daging burger.
LEMAK
Lemak diperlukan tubuh sebagai cadangan tenaga. Ia membantu menjaga kesihatan rambut, kulit dan fungsi saraf di samping menyumbang pada penambahan berat badan. Justeru, anda harus berhati-hati dalam pengambilan lemak. Ambil lemak sihat seperti omega-3 dan omega-6. Pun begitu, biarpun lemak yang siaht, pengambilannya juga perlu diperhatikan. Ambil sikit sudah memadai.
VITAMIN
Ambil sayu-sayuran dan buah-buahan beraneka warna agar keperluan vitamin tubuh dapat dipenuhi. Campurkan beberapa buah dan sayuran dalam menu anda setiap hari. Pada dasarnya, hampir semua buah mengandungi vitamin A,C,E,D,B,K dan sebagainya. Makan sedikit, antara lima hingga enam sajian buah serta sayuran segar srtiap hari.
MINERAL
Kalsium, zat besi, zink, fosfor, iodin, natrium, kalium, dan fluorin merupakan jenis – jenis mineral yang diperlukan tubuh. Mineral ini berfungsi membentuk serta menjaga kepadatan tulang dan gigi, membentuk hemoglobin dalam darah, mengatur kelancaran kerja otot, dan fungsi-fungsi lainnya. Hampir semua bahan makanan mengandungi mineral iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging merh, garam, susu dan keju.
AIR PUTIH
Minuman sihat seperti jus limau, jambu, mangga atau smoothie sayuran adalah minuman menyihatkan selagi tidak ditambah gula atau gula berlebihan didalamnya. Tetapi, minuman terbaik adalah air putih. Ia berkhasiat menghilangkan racun dai dalam tubuh, melancarkan sistem pencernaan, menjaga kelembapan kulit, menjaga kesihatan buah pinggang dan sebagainya. Minumlah sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari.
OLAH RAGA
Tubuh anda akan berisi dan tidak sihat juka tidak mengamalkan olahraga. Latihan kardio seperti joging, jalan cepat atau aerobik boleh membantu membuat tubuh lebih cergas walaupun agak berisi. Lakukan juga rutin angkat beban. Latihan ini boleh membentuk dada dan lengan agar lebih tegap.
JAUHI MAKANAN RINGAN
Hentikan kebiasaan anda makan makanan ringan seperti burger, pizza, kentang atau daging olahan yang dibekukan. Makanan jenis ini mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi yang akhirnya boleh meningkatkan kolestrol jahat. Pilih makanan sedikit atau tanpa gula dan pali penting rendah lemak dan kalori.
Mudahkan cara untuk tambah berat badan bagi dapatkan berat badan yang ideal. Apa yang penting mesti disiplin dalam mengambil makanan harian.

No comments: