cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

5 Jun 2013

KENAPA PERLU MAKAN SAYUR


Tidak ada satu pun kumpulan buah-buahan, legume, kekacang, bijirin, makanan laut, mahupun daging dan ternakan yang dapat menyamai kelebihan dan keperluan pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian untuk kesihatan tubuh badan masnusia.

Istimewanya, sayur-sayuran adalah kumpulan makanan rendah kalori dan lemak. Makanlah sebanyak mana sayuran sekalipun, berat badan anda tidak mungkin bertambah walaupun sudah terlebih makan (sayuran).Tapi kenyataan ini tidaklah boleh diambil kira setelah anda mencampurkan sayur-sayuran ini dengan bahan-bahan berlemak dan tinggi kalori yang lain.

Khasiat optimum yang terkandung dalam sayur-sayuran juga adalah sebab mengapa kita harus mengambil sayur-sayuran dalam diet harian kita. Kita perlukan sayur kerana kita perlukan vitamin yang terkandung  di dalamnya. Kebanyakan cadangan penjagaan kesihatan menggalakkan pengambilan 3 – 5 hidangan sayur-sayuran setiap hari.

Sayur-sayuran juga kaya dengankandungan fitonutrien iaitu sebatian bioaktif semula jadi yang diperolehi daripada sumber tumbuhan. Sebatian ini biasanya tertumpu di dalam kulit kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan bersama-sama dengan warna, baud an rasa. Ia bukan vitamin atau mineral. Namun ia mengandungi khasiat yang mempunyai kesan berfaedah bagi kesihatan.

Satu daripada peranan fitonutrien yang paling penting ialah sebagai antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas. Fitonutrien membanti dalam menguatkan sistem imun badan kita.

Fitonutrien seperti karotenoid dan flavonoid bertindak seperti perisai pelinding untuk mengelakkan bahan cemar dan kuman daripada memasuki sel. Selain itu, fitonutrien  melingdungi sel badan daripada kerosakan selular. Ia membantu sel-sel pulih sendiri dengan meransang pembebasan enzim-enzim pelindung atau enzim-enzim yang membina semula sel-sel yang rosak.

Di smping itu, peranan sayur-sayuran juga amat penting sebagai salah satu sumber makanan tinggi serat atau fiber. Sememangnya pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat sangat penting untuk melawaskan dan melancarkan sistem pencernaan kita. Kandungans serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus.

Pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai kandungan yang mujarab untuk mencegah mahupun merawat pelbagi jenis penyakit. Ini secara tidak lansung dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai pelbagai kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia.

No comments: