cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Apr 2013

NUTRISI TEPAT UNTUK KESIHATAN TULANG


MENJAGA DAN MEMBINA TULANG YANG SIHAT BERMULA DENGAN DUA KUNCI UTAMA IAITU KALSIUM DAN VITAMIN D.

Kalsium membantu perkembangan struktur tulang dan gigi, manakala vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan perkembangan tulang.

Kepentingan nutrien ini sangat diperlukan pada peringkat usia kanak-kanak. Namun ia tetap dianggap penting seiring dengan peningkatan usia seseorang. Osteoporosis menjadi ancaman kepada kesihatan terutamanya wanita menyebabkan kerapuhan tulang. Melalui pengambilan kalsium dan vitamin D ini memungkinkan penyakit dan masalah ini diatasi.

Golongan wanita lebih terdedah kepada masalah kesihatan tulang empat kali berbanding golongan lelaki. Solusi utama dalam mendapatkan tulang yang kuat dan sendi yang sihat ialah melaui pengambilan nutrisi yang betul. Dr Ronald Zernicke, pengarah University of Michigan Bone and Joint Injury Prevention ad Rehabilitation Centre, menerbitkan hasil kajiannya selama 50 tahun bersama rakan-rakannya berkaitan kesihatan tulang secara keseluruhan. Buku bertajuk Sports Health : A Multidisciplinary Approach menyarankan beberapa strategi atau tip nutrisi seperti berikut:

Protein yang mencukupi

Kajian terkini mendapati pengambilan diet tinggi protein boleh meningkatkan kandungan mineral pada tulang dan mengurangkan kerapuhan. Diet protein membantu membina dan mengekalkan otot iaitu yang member perlindungan pada sendi dan tulang, malah meningkatkan kekuatan tulang ( yang berkaitan aktiviti yang berat ). Kajian terkini juga mendapati diet tinggi protein lazimnya disarankan kepada remaja yang terlibat sebagai atlet sukan . dr Zernicke menyarankan pengambilan protein berkualiti tinggi daripada haiwan seperti telur, salmon, daging dan protein tumbuhan seperti soya dan kekacang.


Elak pengambilan soda

Diet yang tinggi dengan pengambilan minuman berkarbonat termasuklah minuman isotonic mempunyai perkaitan dengan pengurangan ketumpatan tulang di kalangan lelaki dan wanita. Dr Zernicke mengatakan bahawa kesan sampingan ini berpunca daripada kurangnya pengambilan susu dan cecair dalam perasa minuman ringan. Tambahan juga, minuman ringan menyebabkan kenaikan berat badan dan mengurangkan mass otot dan menyumbang kepada kehilangan kalsium dan iron. Dr Zernicke juga mengatakan bahawa bagi menggantikan air yag hilang akibat aktiviti sukan, lebih baik meminum air seperti air kosong, susu atau jus oren berbanding minuman isotonic yang mengandungi gula.


Ambil karbohidrat berkualiti

Bukan semua karbohidrat  memberikan impak negative kepada kesihatan sendi dan tulang. Karbohidrat kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi karbohidrat non-digestible (tidak mudah cerna) yang tidak boleh dicerna oleh usus kecil. Apabila ia bergerak ke usus besar dan mula diproses, bahan ini menghasilkan asid organic yang dapat meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh. Tambahan pula buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antioksidan, vitamin, mineral serat dan phytonutrient yang baik untuk keseluruhan kesihatan. Ia juga rendah kalori jika dibandingkan dengan makanan lain.

Pengambilan kalsium

Kalsium merupakan mineral yang paling banyak dalam tubuh dan menjadi salah satu nutrien  terpenting untuk kesihatan tulang. Mineral ini juga berhubung kait dengan pembinaan otot, denyutan jantung, tekanan darah dan fungsi sistem imun. Mengambil kalsium menikut jumlah yang disarankan membantu mengelakkan osteoporosis dan membantu otot berfungsi baik. Dr Zernicke mengatakan  bagi mendapatkan kalsium setiap hari boleh dilakukan semudah mengambil produk tenusu seperti keju, susu yogurt dan makanan berasaskan sayur-sayuran seperti brokoli dan tofu.

Jangan lupa vitamin D

Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin ‘sunshine’ kerana tubuh anda mampu menghasilkan vitamin D melalui pendedahan suria. Ia membantu tulang untuk menyerap kalsium. Kajian juga mendapati vitamin D membantu meningkatkan sistem imun dan membantu memanjangkan usia. Antara sumber vitamin D ialah lemak ikan dan kuning telur.

Ambil makanan tambahan.

Dr. Zernicke menyarankan mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang kurang berkhasiat seperti minuman yang tinggi kandungan gula, makanan yang tinggi kandungan sodium atau lemak tepu. Beliau juga mencadangkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium karbonat atau kalsium citrates yang berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tulang.



 Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.



Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234






No comments: